03 October 2010

mulianya tetamu yang datang, menghapus dosaku yang jahil..(T_T)


subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

diketika aku merintih, merasakan aku banyaknya dosa, kurangnya berbuat pahala..hadirnya seorang manusia yang "kurang akalnya" di Masjid arwah datukku, tiba-tiba aku berasa sesuatu keganjilan yang berlaku..

masya Allah, "ini rahmat dari Allah S.W.T, Allah datangkan sesuatu keadaan yang ku tidak sangka ia adalah untuk membantuku insan yang jahil dan hina ini"

lalu, aku mempelawanya naik ke Masjid..

aku membawanya ke ruang belakang, dan memintanya membersihkan diri..kemudian aku memberinya makanan dan minuman..dan abi lah antara orang yang mengingatkanku tentang hal ini..

masya Allah..

sebenarnya Allah amat menyayangi kita semua..Allah tidak mahu kita mempunyai dosa, Allah mahu kita mempunyai pahala..

namun, kita tidak mengetahui tentang hal itu melainkan diizinkan Allah S.W.T..

masya Allah..astaghfirullah..

syukri fillah..alhamdulillah..

Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

" Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim yang dimuliakan? Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: Salam sejahtera kepadamu", Ibrahim menjawab: Sal...am sejahtera kepada kamu (sambil berkata dalam hati): mereka ini orang yang tidak dikenali. Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: Silakanlah makan." (Surah adz-Dzaariyaat, ayat 24-27)

wallahua'lam..

masya Allah..subhanallah..pahala percuma..amin ya Allah..(^_^)

maka..muliakanlah tetamu kita semua..kerana kehadirannya adalah mengurangkan dosa kita dengan izin Allah S.W.T...keluarnya ia dari rumah kita nanti, bersama dosa kita (terhapusnya dosa)..subhanallah..(T_T)..Allah Tuhan Yang Maha Pemurah..
dan..tambahan : "adab tetamu, makanlah sedikit bagi memuliakan tetamu, senangkan hatinya, insya Allah, Allah senangkan hati kita, amin"..

Daripada Abu Zarr katanya, Rasulullah bersabda (yang bermaksud) :

"Jangan engkau perkecilkan perkara yang baik itu walaupun sedikit, termasuk bertemu saudaramu dengan wajah ceria." (Riiwayat Imam Muslim)..wallahua'lam..

astaghfirullah..

sebelum ini, mungkin aku sentiasa memandang sesuatu keadaan itu remeh dan biasa sahaja..

namun, sebenarnya, keadaan itulah yang memadamkan dosaku, dan menambahkan pahalaku..masya Allah..astaghfirullah..

sesungguhnya amal sunat itu adalah pelengkap kepada amal wajib..subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar..

wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~