18 January 2011

Kisah Pengembara : Perjalanan si hina dari Perak ke Pulau Pinang..(T__T)


alhamdulillah..(^_^)

syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi ni'mat hidup dan ni'mat mampu untuk mengembara mencari langkah ke arah keredhaan Allah S.W.T..

astaghfirullah..(T__T) 

sesungguhnya ambo teramat hina di sisi Allah S.W.T, maka diri ini mencari bagaimanakah untuk kembali kepada Allah S.W.T di dalam golongan hamba Allah yang mulia dengan Iman di sisi-Nya, insya Allah..amin ya rabbi..wallahua'lam..

Di dalam pencarian itu, ambo telah dipilih oleh Allah S.W.T untuk mengembara di dalam satu perjalanan iaitu dari Perak ke Pulau Pinang, wallahua'lam.. 

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

Maka, ambo menyahut pengembaraan ini dengan berbekalkan ilmu dan pengetahuan yang teramat sedikit, ibarat pemuda yang berjalan di tengah malam dengan hanya memegang satu mancis yang sedikit bernyala..

segalanya, ambo serahkan kepada Allah S.W.T kerana segalanya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui, Allah Tuhan Yang Maha Kuasa..

Setelah tiba waktu yang ditetapkan iaitu pada malam sabtu yang lalu, ambo telah diizinkan oleh Allah S.W.T untuk menaiki sebuah bas ekspress di sebuah stesyen bas di Perak..

Namun, suatu peristiwa telah berlaku sebelum itu, yakni tiket bas ekspress telah jatuh ke dalam suatu parit..

Namun, segalanya milik Allah S.W.T..Dia yang menganugerahkannya, maka ambo redha dengan segalanya kerana ia bukan milik ambo..

Namun, Allah S.W.T mempermudahkannya jua iaitu Pemandu Bas membenarkan jua ambo menumpang di Bas itu walaupun tiada tiket pada zahirnya..wallahua'lam..syukur kepada Allah S.W.T..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

pada hati dan minda ambo, "wallahua'lam, kejadian itu mungkin suatu kifarah kepada aku yang banyak dosa kepada Allah, astaghfirullah..(T__T)"

bersangka baiklah kepada setiap ciptaan Allah S.W.T, sesungguhnya segalanya adanya hikmah, dan sesungguhnya hanya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui..(T__T)

Perjalanan si hina ini tidak berhenti di situ, sebaliknya di dalam bas ekspress, ambo duduk bersebelahan dengan seorang gadis yang mana tidak bertudung, namun alhamdulillah, dia memakai baju kurung..

Ketika itu, apa yang bermain di mindaku hanyalah, "apakah perlu aku menukar tempat atau hanya berada di situ sahaja"..

dan, akhirnya, ambo memilih untuk berada di situ..

ambo : "awak ni dari mana?"

gadis : "sy dari .......(tempat study dirahsiakan), nak balik penang"..


ambo : "oh, awak ni malay ya?"

gadis : "eh, awak ni, sy malay la, awk tak nampak ke sy ni malay?"

ambo : "oh, maaf, sy tak dapat tengok"

gadis : "kenapa pulak?"

ambo : "entahlah, mata sy ni nak kena tengok depan je, tak tahu kenapa"

gadis : "ait, kenapa macam tu pula? takkan mata awak sakit kot, kalau sakit, mesti dah balut"

ambo : "kalau boleh pilih untuk balutnya, sy dah balutnya"

gadis : "tak faham, maksud awk?"

ambo : "ya lah, kalau balut, kan tak nampak pulak nak jalan, tapi tulah, kena tengok depan je lah"

gadis : "pelik lah awk ni, kenapa awk tak tengok sy masa bercakap?"

ambo : "awk cantik sangat, kan jatuh cinta pula sy nanti"

terdiam gadis tu..

ambo tersenyum dan menyambung : "mata sy sihat aje awk, tapi sy risau, kalau sy tengok awk yang cantik ni sekarang, nanti mata sy jadi sakit"

gadis : "maksud awk?"

ambo tersenyum : "cuba awk ambil kain ni (kain sebar yang diletakkan atas bahu bagi golongan pondok) dan letak di atas kepala, aircond ni sejuk, tutup sikit muka, biar aircond tak kena"

gadis itu masih bingung tetapi menurutnya..

ambo tersenyum : "alhamdulillah, macam ni baru tak sakit mata kalau terpandang awk, sebab tak nampak awk yang cantik ni"

gadis itu terus terdiam dan memalingkan wajah dan jasadnya ke sisi bas..

lama berdiam diri..

kemudian, dia berkata : "apakah maksud awk, mata awk sakit kalau melihat rambut sy ni?"

ambo tersenyum : "tidak, mata sy akan sakit bila melihat awk seluruhnya"

gadis : "sy jadi tak faham balik, maksud awk apa sebenarnya?"

ambo tersenyum : "mata sy sihat dan tak sakit bila melihat gadis atau wanita yang jadi isteri sy, ibu sy, adik-adik sy, kalau awk, kena tutup semua, kenapa? sebab awk halal untuk sy nikahkan"

gadis : "oh.............."

ambo terus menyambung : "baiklah, awk, sy bukanlah baik untuk tazkirah ke, ustaz ke, atau seumpamanya..

tetapi awk, cuba awk bayangkan..

kalau rambut awk didedahkan sekarang, jadi nanti di akhirat kelak, rambut dah kena tutup pula..

tetapi kalau rambut sekarang ditutup elok, nanti dapat dibuka dengan selamat di akhirat..

tutup di akhirat tadi adalah tutup dengan kain yang dibakar api neraka..

sy bukan nak takutkan awk, atau nak nasihat ke apa, tapi cuba bayangkan begitu, sy pun tak baik pun, jahat gak, mungkin lebih jahat dari sy"

dia diam aje..

sehinggalah sampai ke jambatan pulai pinang..sebelum sampai stesyn bas sungai nibong..

dia berkata : "terima kasih awak (sambil mahu membuka kain tadi)"

ambo : "eh, jangan buka, awk ambil aje kain ni, hadiah dari sy, pakai selalu ya, insya Allah, nanti di akhirat, kepala sejuk aje, dan tutuplah seluruh jasad awak ya, kenapa? sebab awk cantik dan wanita adalah sangat istimewa sehinggakan perlu ditutup, dan keistimewaan yang mahal itu hanya boleh diberikan kepada orang tertentu sahaja seperti suami awk"

dia terdiam..

sampai sahaja di Stesyen Bas sungai nibong..ambo terus bangun dahulu dan meninggalkannya..

"ya Allah, kurniakanlah nur Iman dan nur Islam kepadanya, amin ya rabb" 

wallahua'lam..


sesungguhnya, ambo boleh memilih untuk menukar tempat duduk, namun ambo tidak berbuat sedemikian, kerana AMBO NAK TAHU APAKAH YANG DIA FAHAM SEBENAR KEISTIMEWAAN WANITA YANG PERLU DIJAGA DAN DIBERIKAN KEPADA INSAN YANG TERPILIH SAHAJA..

insya Allah, wallahua'lam.. 

dan..alhamdulillah..Allah memelihara hati dan jasad ini dari menghampiri zina..

walaupun dia sudah memakai kain rida itu, tetapi ketika bercakap dengannya, mata ambo, alhamdulillah tetap memandang di hadapan..

semoga Allah terus tetapkan hati ini, jiwa ini, jasad ini didalam keredhaan-Nya..

wallahua'lam..


 
Pilihan di tangan kalian apabila bertemu dengan golongan sebegini, sama ada kalian mahu mendekatinya, atau menjauhinya, atau meninggalkannya, atau memarahinya, atau seumpamanya, terserahlah kepada kalian..

dan, pilihan ambo, adalah untuk keselamatan diri ambo sendiri di akhirat kelak..

ambo tidak mahu apabila hendak melintasi siratul mustaqim nanti, rupa-rupanya gadis itu yang menarik ambo ke dalam nereka Allah,

kenapa? kerana ambo tidak menasihatinya ketika mana ambo berpeluang dan mengetahuinya..

astaghfirullah..(T_T)

"ya Allah, wahai tuhan yang membalik-balikknya hati, maka tetapkanlah hatiku pada agama-Mu"

amin ya rabb..wallahua'lam..

1 comment:

  1. subahanallah..hebat cara enta bagi penerangan dan pengajaran bagi kami yang lalai dalam usaha amar makruf nahi mungkar...
    "ya Allah, wahai tuhan yang membalik-balikknya hati, maka tetapkanlah hatikami pada agama-Mu"

    amin ya rabb..wallahua'lam..

    ReplyDelete

~ Muhasabah ~