05 January 2011

Meraikan Tahun Masihi, boleh ke? atau tak boleh? wallahua'lam..(T_T)


assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..(^_^)

alhamdulillah..(^_^)

tahun baru masihi menjelma lagi..
majoriti manusia meraikannya..
termasuklah umat Islam itu sendiri..
apakah sebenarnya boleh meraikannya..?

(^_^) wallahua'lam..

daripada Amru bin Syuaib, Sayyiduna Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"Bukanlah daripada golongan kami (umat Islam) siapa yang menyerupai (meniru) selain daripada (cara hidup) kami. Jangan kamu menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani."

(Hadith riwayat Imam Tirmidzi)

wallahua'lam..

dan..

al-Imam Abu al-Fadl 'Abd al-Rahman ibn Abi Bakr, Jalal al-Din al-Suyuti..atau lebih dikenali dengan al-Imam al-Suyuti..

al-Imam al-Suyuti ada mengatakan (yang bermaksud) :

"apa yang dilakukan oleh ramai orang pada musim sejuk, dan mendakwa ia adalah hari kelahiran Nabi Isa, maka apa yang dibuat pada malam-malam ini daripada perkara-perkara mungkar seperti menghidupkan api, menyediakan makanan, pembelian lilin dan selainnya, maka sesungguhnya mengambil hari-hari kelahiran ini sebagai perayaan, ia adalah agama Nasrani (sekarang : Kristian), perkara tersebut tiada asas dalam agama Islam, sambutan hari lahir ini tidak pernah disebut pada zaman salaf terdahulu, bahkan asalnya diambil daripada agama Nasrani, di tambah pula dengan sebab semulajadi, iaitu pada musim sejuk, maka bersempena itu dinyalahkan api"

sumber : kitab al-Amr bi al-Ittiba' wa al-Nahy 'an al-Ibtida' (tajuk : bid'ah sambutan Tahun Baru Masihi)..wallahua'lam..

astaghfirullah..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

wallahua'lam..

umat Islam semakin lama semakin keliru mengenai "siapakah diri sendiri", sehinggakan mencedok "idea" dari perayaan orang lain untuk diraikan sendiri..

sedangkan hari yang mulia bagi umat Islam itu sendiri di bid'ahkan sesat, astaghfirullah..

seperti..


Maulidur Rasul, hari kelahiran Sayyiduna Rasulullah S.A.W, di bid'ahkan sesat untuk meraikannya secara perarakan, meraikannya bersama selawat kepada Sayyiduna Rasulullah S.A.W dengan memuliakan secara berdiri..tetapi golongan "jahil" membid'ahkan sesat bagi mereka yang melakukannya..

namun dimanakah hujah bagi golongan "jahil" ini diketika majoriti umat Islam sedang meraikan tahun masihi secara meriah sehinggakan pergaulan bebas "dihalalkan", sehinggakan adanya sambutan "bunga api", dan seumpamanya..apakah itu sunnah sehingga mereka yakni golongan "jahil" itu diam membisu?

astaghfirullah..(T_T)

contoh yang lebih dekat adalah , Tahun Hijriyyah..


berapa ramaikah yakni Umat Islam menyedari datangnya 1 Muharram dan sebelum itu mempersiapkan diri untuk meraikannya? berapa ramaikah yang mengangkat tangan dan berdoa akhir tahun dan awal tahun dalam meraikannya?


 astaghfirullah..(T_T)

dan, lebih malang lagi, golongan "jahil" itu telah membid'ah sesat bagi mereka yang melakukan doa akhir tahun dan awal tahun bagi meraikan tahun hijrah itu..astaghfirullah..(T_T)

ambo disini bukanlah untuk "membid'ahkan sesat" bagi mereka yang meraikan Tahun Baru Masihi..

andai cara atau kaedah yang digunakan itu tidak "menonjol" yakni menyerupai golongan kafir, maka ia harus dilakukan..seperti bermuhasabah diri dengan menjadikan hal lepas sebagai iktibar dan pedoman atau panduan untuk tahun seterusnya..tanpa konsert, tanpa perayaan, tanpa bunga api, tanpa maksiat, tanpa sebarang yang melalaikan diri kepada Allah..maka hal itu harus dilakukan..



namun, diri ambo sendiri, sebagai umat Islam, ambo lebih memuliakan tahun hijriyyah..

dan persoalan yang ambo ingin utarakan kepada sahabat dan rakan yang membaca, "adakah kita sentiasa mengikuti setiap tarikh di dalam bulan bagi tahun hijriyyah?"..atau "apakah kita hanya mengetahui setiap tarikh di dalam bulan bagi tahun masihi?"

jawapannya ada pada hati dan minda sahabat dan rakan sekalian..kita lebih mendahulukan tarikh di dalam tahun masihi berbanding tarikh di dalam tahun hijriyyah, sehinggakan setiap catitan atau diari hanya tahun masihi sahaja ditulis..

astaghfirullah..wallahua'lam..

maka, kembalilah kepada Islam yang sebenarnya..kembalilah beriman kepada Allah dengan yakin dan sepenuhnya..insya Allah..


wallahua'lam..

4 comments:

  1. salam.
    nk request satu tajuk dr kamu...
    blh x kita ucap selamat bg perayaan laen pada org yg bukan islam?
    cnthnya, selamat tahun baru cina pd org cina????

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..wallahua'lam..(^_^)

    ya ukhti Syafiqa, enti rasa macam mana? boleh ke?

    ReplyDelete
  3. salam.nak tnya.mcm mne kalo ucap salmat hari lahir kat org.bole ke?

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..wallahua'lam..(^_^)

    ya saudara pendamba Syurga, saudara rasa macam mana? boleh ke?

    ReplyDelete

~ Muhasabah ~