11 December 2011

rahmat-Nya dan kasih sayang-Nya di dalam kalimah mulia.



Ketika waktu tengah hari hampir menjelma, suasana di sini masih lagi mendung, hawa panas yang kebiasaannya berhembus ketika waktu sebegini tidak ada, angin kesejukkan sahaja yang sesekali hadir dan membuat tubuh kesejukan walaupun waktu sudah pun hampir ke tengah hari..


Ketika ini, aku sedang meneliti sebuah Majalah, membaca sedikit untuk mengisi waktu dan ruang yang diberikan, mudah-mudahan pengisian ini bermanfaat kepada hati, jiwa dan diri..


Sedang asyik membelek dari helai ke helai, adikku datang duduk dihadapanku dan tersenyum..aku yang tadi sedang menatap Majalah terus memandangnya, "kenapa dik? senyum je ni"


adikku yang duduk tadi terus berkata, "tak der apa abg, saje nak senyum, tak boleh ke?"


aku tersenyum, "tak der lah abg kata tak boleh, ya lah, kot-kot ada apa-apa ke, kebiasaannya ada lah something tu, tak gitu?"


adikku tersenyum, "ya lah, nak tanya ni abg, leh?"


aku tersenyum, "kan abg dah kata, ada lah tu, apa tu dik?"


adikku tersenyum, "abg, ari tu abg ada kata بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ni kunci ketenangan, apa maksud tu abg?"




aku tersenyum dan meletakkan majalah di atas meja dihadapan..


"dik, al-Habib Abdullah bin Muhsin al-Atthas ada berpesan kepada kita iaitu "apakah kamu mengetahui apa itu kunci-kunci Syurga? Kunci syurga sebenarnya adalah بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ"


Kunci Syurga disini secara umumnya yang kita faham adalah yang akan datang, iaitu janji Allah, sesiapa muslim yang melakukan kebaikan, akan dapat pahala, dan dijanjikan Syurga buatnya, insya Allah..


tetapi sebenarnya Syurga juga ada di waktu kehidupan kita ini, iaitu berupa ketenangan jiwa, ketenangan hati..


sesiapa yang beramal dengan kalimah mulia ini, Allah akan limpahkan rahmat-Nya dan kasih sayang-Nya kepadanya, maka rugi kalau kita tidak mengamalkannya..


dah lah, Syurga di dunia pun dapat, Syurga di akhirat pun dapat, insya Allah, mudah-mudahan dengan keizinan Allah Subhanahu waTa'ala."


adikku mengangguk, "ada tak kisah sesiapa yang memuliakan kalimah ni, dia dimuliakan Allah?"


aku tersenyum, "banyak kisahnya dik, hamba Allah yang memuliakan kalimah ini akan dimuliakan Allah, akan dirahmati Allah, akan disayangi Allah..


seperti dalam satu kisah..


Ada seorang perempuan tua yang taat beriman kepada Allah, sentiasa beramal ibadah, sentiasa berzikir dan mengingati Allah Subhanahu waTa'ala..


tetapi suaminya seorang yang tidak taat kepada Allah, seringkali melakukan kemungkaran, dan tidak mahu berbuat kebaikan..


Perempuan itu juga sentiasa membaca dan mengamalkan بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ pada setiap perbuatannya, pada setiap gerak gerinya, walaupun berbicara sekalipun, pasti dia mulai dengan kalimah mulia ini..


Suamninya pula tidak suka dengan kelakuan isterinya dan sentiasa mengejeknya dan menghinanya...


"asyik بِسْمِ اللَّهِ , بِسْمِ اللَّهِ..kejap-kejap بِسْمِ اللَّهِ"..


tetapi isterinya seorang yang penyabar, dan sering berdoa kepada Allah, agar hati suaminya sentiasa terbuka untuk menerima rahmat dari Allah, kasih sayang dari Allah..beginilah sikap seorang isteri yang solehah, begitu tabah dan sabar dengan suaminya yang sebegini..


Suaminya juga ada berkata ; "Suatu hari nanti, aku akan buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.", begitu sekali kata-kata dari suaminya yang tidak taat kepada Allah, mengejek perbuatan isterinya..tetapi isterinya tetap sabar dan senyum kepada suaminya..subhanallahi wabihamdih..


Maka, untuk itu, suaminya cuba menjadikan kata-katanya itu sebagai kenyataan..


maka dia telah memberi wang yang banyak kepada isterinya untuk isterinya simpan..Isterinya lalu mengambil amanah itu dan menyimpannya di tempat yang aman dan selamat..


Pada waktu itu, suaminya memerhati di mana tempat simpanan duit..


Kemudian dengan sembunyi, suaminya itu mengambil duit tersebut dan membuangnya ke tempat yang tersembunyi di belakang rumahnya..


Setelah beberapa hari, suaminya lalu memanggil isterinya dan berkata ; "berikan padaku wang yang aku berikan kepadamu dahulu untuk disimpan."


lalu isterinya dengan tenang pergi ke tempat dia menyimpan duit itu, dan pada masa yang sama diikuti oleh suaminya, dengan berhati-hati dia menghampiri tempat simpanan itu, dan membukanya dengan membaca kalimah mulia, بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ..


Ketika itu, Allah Subhanahu waTa'ala menghantar Malaikat Jibrail untuk mengembalikan duit yang diambil oleh suaminya dan dibuang itu ke tempat asalnya..


Lalu isterinya mengambil duit tadi iaitu ditempat simpanan itu, seolah-olah tidak berlaku apa-apa, dan diberi kepada suaminya..


Terkejut si suaminya dengan apa yang berlaku, lalu dia menceritakan hal sebenarnya kepada isterinya, mengaku bersalah, dia sebenarnya telah mengambil duit itu dan dibuang ke tempat lain, dan dia mengakui bahawa kalimah mulia itu membawa rahmat-Nya dan kasih sayang-Nya buat hamba-Nya yang memuliakannya..


lalu dia bertaubat kepada Allah dan menjadi seorang lelaki yang soleh, dan dia juga sentiasa mengamalkan kalimah mulia بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ pada setiap perbuatannya, subhanallahi wabihamdih..


begitu hebat kalimah mulia itu, ia bisa mengubah hati manusia yang keras kepada kelembutan, hal ini segala-galanya di dalam pengetahuan Allah dan kebijaksanaan Allah, subhanallahi wabihamdih"


adikku tersenyum, "begitu juga kemuliaan si isteri yang sabar dan tabah, kan abg?"


aku tersenyum, "alhamdulillah, benar, kalimah mulia itu juga lah yang menabahkannya dan menenangkannya, maka jom kita amalkan bersama-sama ya"


adikku mengangguk..


No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~