21 November 2010

Aku mahu ke hadramaut, Yaman..kenapa? (T_T)



Imam al-Muhajir Ahmad bin Isa bin Muhammad bin Ali bin al-Imam Ja'far Shadiq, ketika menyaksikan munculnya bid'ah, kehidupan mengikut hawa nafsu, dan perbezaan pendapat yang semakin ketara, maka beliau berhijrah dari negerinya (Iraq) iaitu satu tempat ke satu tempat yang lain, sehinggalah sampai di Hadramaut, Yaman, beliau bemukim di sana sehingga wafat..

Mengapa Imam al-Muhajir memilih hadramaut yang terletak di Negara Yaman sebagai tempat hijrah?

Imam al-Muhajir memilih Hadramaut sebagai tempat hijrahnya, kerana beberapa faktor..

pertama, peristiwa hijrahnya Sayyidina al-Husin dari Madinah ke Kufah, di mana Ibnu Abbas memberi nasihat kepada Sayyidina Husin bin Ali bin Abi Thalib semasa beliau hendak berangkat ke Kufah. Ibnu Abbas menasihatinya agar beliau pergi ke Yaman kerana di negeri itu, para penduduknya menyatakan kesediaan untuk bersama, membela dan menyokong Sayyidina Husin..Sejarah membuktikan bahawa keturunan Sayyidina Husin sehingga sampai ke saat ini masih dibela dan disokong di sana iaitu di Yaman.

kedua, keistimewaan penduduk Yaman yang banyak di sebut di dalam al-Quran dan al-Hadith..

**pertama..

Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mu'min, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurniaan Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Tuhan Yang Maha Luas (pemberian-Nya) Lagi Maha Mengetahui"

(surah al-Maidah ayat 54)

Dari Sayyidina Jabir, Sayyiduna Rasulullah S.A.W ditanya mengenai ayat tersebut (ayat di atas), maka Sayyiduna Rasulullah S.A.W menjawab (yang bermaksud) :

"mereka adalah ahlu Yaman dari suku Kindah, Sukun dan Tajib"..

**kedua..

Ibnu Jarir meriwayatkan, ketika dibacakan tentang ayat tersebut (ayat di atas) di depan Sayyiduna Rasulullah S.A.W, beliau berkata (yang bermaksud) :

"kaummu wahai Abu Musa, orang-orang Yaman"..

**ketiga..

Dalam kitab Fath al-Qadir, Ibnu Jarir meriwayatkan dari Suraikh bin Ubaid, ketika datangnya ayat 54 surah al-Maidah (ayat di atas), Sayyidina Umar berkata (yang bermaksud) : 

"saya dan kaum saya wahai Rasulullah".

Sayyidina Rasulullah S.A.W menjawab (yang bermaksud) : 

"bukan, tetapi ini untuk dia dan kaumnya, yakni Abu Musa al-Asy'ari"

**keempat..

Ketika Allah berfirman di dalam surah al-Hajj ayat 27 (yang bermaksud) : 

"Dan serukanlah kepada umat manusia untuk menunaikan ibadah haji, nescaya meraka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berbagai jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan yang jauh"

Ayat ini turun kepada nabi Ibrahim A.S, setelah menerima wahyu tersebut, beliau pergi menuju Jabal Qubays dan menyeru untuk menunaikan haji..

Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Hashr ayat 2 (yang bermaksud) : 

"dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan beramai-ramai"

berkata Shadiq Hasan Khan dalam tafsirnya dari Ikrimah dan Muqatil (yang bermaksud) :

"sesungguhnya yang dimaksud dengan manusia pada ayat itu adalah orang-orang Yaman, mereka berdatangan kepada Rasulullah S.A.W untuk menjadi kamu mu'minin dengan jumlah tujuh ratus orang"

**kelima..

Dari Ibnu Abbas berkata (yang bermaksud) : 

"Nabi kita ketika berada di Madinah berkata, "Allahu Akbar, Allahu Akbar, telah datang bantuan Allah S.W.T dan kemenangannya dan telah datang ahlu Yaman." Para sahabat bertanya kepada Sayyiduna Rasulullah S.A.W, "siapakah ahlu Yaman itu?" Sayyiduna Rasulullah S.A.W menjawab : "suatu kaum yang suci hatinya dan lembut prerangainya. Iman pada ahlu Yaman, kefahaman pada ahlu Yaman, dan hikmah pada ahlu Yaman"

**keenam..

al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani telah meriwayatkan suatu hadith dalam kitabnya (Fath al-bari), dari Jabir bin Math'am dari Sayyiduna Rasulullah S.A.W berkata (yang bermaksud) : 

"wahai ahlu Yaman, kamu mempunyai darjat yang tinggi. Mereka seperti awam dan mereka sebaik-baiknya manusia di muka bumi"

Ketiga, atau faktor lain yang menjadi pertimbangan Imam al-Muhajir untuk berhijrah ke Yaman adalah kerana masyarakat Yaman mempunyai hati yang suci dan akhlak yang lembut serta bumi yang penuh dengan keberahan, sehingga Sayyiduna Rasulullah S.A.W memeintahkan hijrah ke negeri Yaman jik telah terjadi fitnah..

**pertama..

Ibnu Abi al-Shoif telah meriwayatkan suatu hadith dalam kitab (Fadhoil al-Yaman), dari  Abu Dzar al-Ghifari, Sayyiduna Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"Kalau terjadi fitnah, pergilah kamu ke negeri Yaman kerana disana banyak terdapat keberkahan".

**kedua..

Jabir bin Abdillah al-Anshari telah meriwayatkan suatu hadith, Sayyiduna Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"dua pertiga keberkahan dunia akan tertumpah ke negeri Yaman. Barang siapa yang lari dari fitnah, pergilah ke negeri Yaman, sesungguhnya di sana tempat beribadah"

**ketiga..

Abu Said al-Khudri R.A telah meriwayatkan suatu hadith, Sayyiduna Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"pergilah kalian ke Yaman jika terjadi fitnah, kerana kaumnya mempunyai sifat kasih sayang dan buminya mempunyai keberkahan dan beribadat di dalamnya mendatangkan pahala yang banyak"

**keempat..

Abu Musa al-Asy'ari telah meriwayatkan suatu hadith, Sayyiduna Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"Allah akan mendatangkan suatu kaum yang dicintai-Nya dan mereka mencintai Allah." bersabda Rasulullah S.A.W : "mereka adalah kaumu ya Abu Musa, orang-orang Yaman"

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T_T)

"ya Allah, sesungguhnya hatiku sudah berada di hadramaut, Yaman..ya Allah, tempatkanlah juga jasadku di hadramaut, Yaman..ya Allah, golongkanlah aku dalam golongan yang dimuliakan-Mu..ya Allah, golongkanlah aku dalam golongan yang kembali kepada-Mu dalam keadaan beriman yang teguh dan yakin pada-Mu"..

amin ya rabbi..(T_T)

wallahua'lam..

2 comments:

  1. salam tuan,mohon copy dalil2 dan ayat2 yang tuan tulis itu..:)syukran

    ReplyDelete

~ Muhasabah ~