07 November 2010

Taubatlah diriku (jasadku), jiwaku dan hatiku..(T_T)



astaghfirullah.. (T_T)

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar...

suatu petang, aku sedang merehatkan minda dan hati dengan melihat keindahan alam ciptaan tuhan, terdetik hatiku : "subhanallah, Allah S.W.T Tuhan Yang Maha Kuasa, Tuhan Yang Maha Bijaksana, bijaknya Allah, kuasanya Allah dapat mencipta semua ini, subhanallah"

"assalammualaikum...." tiba-tiba terdengar salam dari belakangku..
aku menoleh ke belakang dan menjawab salam, "waalaikummusalam warahmatullahi wabarakatuh"..aku tersenyum apabila mengenali si pemberi salam itu, dia adalah sahabatku..

dia lalu duduk di tepiku, dan memulakan bicaranya, "bolehkah aku bertanya?"

aku tersenyum, "silakan"

dia tunduk seketika, kemudian baharu memandangku, "semasa usia muda, aku ni sangat-sangat jahat..orang kata, kalau nak insaf pun, bertaubat ke, cukup ke setakat itu"

aku tersenyum, "jadi..kamu nak buat apa selain daripada taubat ya akhi?"

dia tunduk buat kali kedua, "macam mana kalau aku ni minum arak, hisap dadah, pukul orang, dan aku juga biasa bunuh orang, perlukan aku meminta maaf?"

aku tersenyum dan memandang tepat ke arah matanya, "pertamanya, siapakah diri kamu"

dia kehairanan dengan soalanku itu, dia melihat aku dengan dahinya yang berkerut, "apa makna siapa diri aku?"

aku tersenyum, "kamu adalah hamba Allah S.W.T..yang mencipta kamu adalah Allah S.W.T..tugas kita di alam dunia adalah beramal ibadah kepada Allah, itu aje..tak ada kerja lain..

kalau kita buat kesalahan, membunuh dan sebagainya..maka pohonlah pada Allah..andai ia berkait dengan manusia seperti mencuri, kalau kita tegur dia, kita minta maaf padanya, dan dia menerimanya dengan baik, alhamdulillah..kalau dia tidak terima dan menyebabkan hal itu bertambah rumit, bertambah kebencian, maka janganlah tegur dia yakni jangan menceritakan kesalahan kita padanya..mohonlah ampun pada Allah S.W.T..

cukup ke sekadar mohon ampun sahaja? Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui..soal keampunan kita, di terima atau tidak, cukup atau tidak..itu bukan kerja kita, tetapi kerja Allah, hak Allah S.W.T..

seperti amal ibadah, kita solah, apakah kita akan dapat pahala? tidak, kita tidak tahu apakah dapat pahala atau tidak..kerana bukan kita yang menentukannya, tetapi Allah..yang kita kena tahu, siapa kita..kita adalah hamba Allah..maka tugas kita adalah berusaha menjadi muslim yang beriman kepada Allah, itu aje..simple"

dia kelihatan mampu tersenyum, "terima kasih ya akhi, aku akan usaha..sebab apa yang aku buat dulu adalah tidak bermoral langsung..astaghfirullah"

aku tersenyum dan memandangnya, "alhamdulillah..cuba buka kisah para sahabat Sayyiduna Rasulullah S.A.W..kalau kamu katakan kamu teruk, para sahabat sebelum mereka memeluk Islam, mereka lagi teruk, membunuh, minum arak, berzina, rogol, dan seumpamanya..tetapi mereka bertaubat kepada Allah, mereka kembali kepada Allah..alhamdulillah..

kemudian, Allah mengangkat darjat mereka menjadi mulia dan tergolongan dalam golongan yang bertaqwa kepada Allah..dan kita juga boleh begitu, insya Allah..mohonlah ampun pada Allah..Allah Tuhan Yang Maha Pengampun"

dia kelihatan masih muram, dan berkata, "syukurlah, aku risau tentang diri sendiri..hmmm"

aku tersenyum, "kita ingat kembali kisah jahat kita, kisah jahil kita..ia sebagai panduan kepada kita agar jangan buat lagi..lihat bagaimana Sayyidina Umar sentiasa menangis..kenapa dia menangis? dia menangis kerana mengenangkan kisah sebelum dia memeluk Islam, dia telah membunuh anak perempuannya..tetapi dia tidak jadikan itu sebagai alasan untuk tidak boleh berusaha memohon ampun kepada Allah..tetapi dia jadikan hal itu sebagai panduan, sebagai usaha untuk lebih mendekati Allah..dan kamu juga boleh..insya Allah..amin"

kelihatannya, dia semakin tenang, "amin"

aku tersenyum, "alhamdulillah..Allah telah memuliakan mu ya akhi..

kita lihat diluar sana, masih ramai yang tidak sedar untuk kembali beriman kepada Allah..masih minum arak, masih berzina, membunuh, masih membuka aurat dan seumpamanya..tetapi kamu, Allah kurniakan hati yang dapat melihat semua itu dan sedar semua itu adalah salah, maka kamu hendak bertaubat..maka Allah telah memuliakanmu ya akhi, Allah sayangkan kamu..maka hargailah kasih sayang Allah itu kepada kamu"

dia tersenyum, "terima kasih di atas nasihat ya akhi"

aku tersenyum, "alhamdulillah, segala nasihat, dan kata itu, bukan milikku, bukan dariku..tetapi adalah milik Allah..Allah pinjamkan ia kepadaku..pada diriku, tiada apa-apa pun, semuanya adalah milik Allah..maka ucaplah kesyukuran dan thanks to Allah.."

dia tersenyum..

lalu aku memegang tangannya dan kemudian memeluknya, "alhamdulillah, ya akhi, semoga Allah sentiasa bersamamu dengan Iman dan Islam..Allah sayangkanmu, melebihi sayang aku kepadamu"..

(T_T) subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

Allah Tuhan Yang Maha Pengampun..

No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~