05 April 2011

al-Fadhil al-Walid Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki digelar "AZHARUS TSANI "


subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

Lanjutan dari dua post (yang lalu) berkenaan al-Fadhil al-Walid Tuan Guru Syeikh Nuruddin al-Banjari al-Makki, post kali ini "berkisahkan" bagaimana sang guru ini boleh digelar "Azharus Tsani" iaitu Azhar ke Dua..

Setelah menamatkan pengajiannya, iaitu di Universiti al-Azhar, sang guru ini menumpukan perhatiannya untuk mencurahkan ilmunya kepada ribuan para pelajar yang datang dari Asia Tenggara terutamanya, seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand, yang mana mereka ini menuntut di Universiti al-Azhar..

Sang guru ini telah mengadakan kelas pengajiannya iaitu diberi nama "Majlis al-Banjari Littafaqquh Fiddin"..

Semenjak tahun 1987 sehinggalah tahun 1998, majlis ini buat pertama kalinya diadakan di rumah pelajar Johor dan rumah pelajar Pulau Pinang, dewan rumah pelajar Kedah dan dewan rumah pelajar Kelantan, dan Masjid Jamik al Path di Madinah Nasr..wallahua'lam..

Di samping mengajar, beliau juga menghasilkan kitab-kitab agama berbahasa Arab iaitu di dalam pelbagai bidang yang banyak tersebar luas di Timur Tengah dan juga di negara Malaysia..

Boleh dikatakan setiap para pelajar yang belajar di al-Azhar, Mesir, iaitu semasa beliau berada di sana, mereka iaitu para pelajar itu pernah menimba ilmu dari sang guru (ulama' muda ini)..

Sesungguhnya, semenjak dari awal keterlibatannya dalam dunia Ta'lim (mengajar), beliau telah pun menazarkan diri beliau untuk terus menjadi khadim (orang yang berkhidmat) untuk penuntut ilmu agama..

Maka, saat itulah, kerana begitu banyaknya pelajar, mahasiswa al-Azhar yang belajar kepadanya, sang guru ini kemudiannya digelarkan dengan "al-Azhar ats-Tsani" iaitu "al-Azhar kedua"..Gelaran itu merupakan ungkapan tulus dari para pelajar, mahasiswa Universiti al-Azhar sebagai penghormatan atas keluasan dan kedalaman ilmunya, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T) 



Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala mengurniakan ni'mat sihat yang berterusan kepada sang guru ini serta keluarganya , dan memberikan kesempatan yang seluasnya untuk beliau mencurahkan ilmu dan terus menghasilkan karya ilmiah..insya Allah, amin ya Rabb..

wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~