04 April 2011

Secara Umum : ayat Muhkamat dan ayat Mutasyabihat



alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, di atas pelbagai ni'mat yang dikurnia-Nya. tidak dapat dihitung dengan jari, tidak dapat difikir dengan minda, hanya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar, cintailah Allah Subhanahu wa Ta'ala, kerana Dia lah Tuhan Yang Maha Pemurah, Tuhan Yang Maha Penyayang..Dia mengurniakan ni'mat-Nya kepada seluruh makhluk-Nya, dan Dia lah jua yang menyayangi makhluk yang beriman sepenuhnya kepada-Nya..wallahua'lam..

Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda :

أحبوا الله لما يغذوكم به من نعمه وأحبوني لحب الله إياي

(yang bermaksud) : "Cintailah Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana Dia telah mengurniakan kepadamu dengan kehendak-Nya, akan nikmat-nikmat-Nya, dan cintailah daku dengan sebab Allah Subhanahu wa Ta'ala mencintai daku"

(hadits riwayat Imam at-Tirmidz)

wallahua'lam..

subhanallah, subhanallah, subhanallah..(T_T)

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..(T__T)

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar..(T___T)

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

(yang bermaksud) :

"Dia lah yang menurunkan Al-Kitab (Al-Quran) kepadamu (wahai Muhammad). Di antara (isi)nya ada ayat-ayat Muhkamat, itulah Umm Al-Quran (yang dikembalikan dan disesuaikan pemaknaan ayat-ayat Al-Quran dengannya) dan yang lain ayat-ayat mutasyabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya cenderung kepada kesesatan, maka mereka (selalu) mengikuti ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya (yang) sesuai dengan hawa nafsunya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (seperti saat tibanya kiamat) melainkan Allah serta orang-orang yang mendalam ilmunya mengatakan : "kami beriman kepada ayat-ayat mutasyabihat, semuanya itu berasal dari Tuhan kami". Dan tidak dapat mengambil pelajaran darinya kecuali orang-orang yang berakal" (Surah al-Imran, ayat 7)

"(Mereka berdoa dengan berkata) : "wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu ; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya." (Surah al-Imran, ayat 8)

wallahua'lam..

Pertama-tamanya, ambo sebenarnya tidak berniat untuk memanjangkan hal ini iaitu merujuk kepada ayat muhkamat dan ayat mutasyabihat yakni yang banyak terdapat di dalam Al-Quran yang mulia..

namun, ambo didatangi pelbagai soalan yang meminta diberi penjelasan tentangnya..walaupun sudah berkali-kali ambo katakan, ambo bukan orang selayaknya untuk menjelaskannya, namun persoalan itu tetap hadir ke ruangan "inbox" facebook..

wallahua'lam..

maka, di sini, ambo terpanggil untuk memberi sedikit perkongsian secara umum, bukan penjelasan secara khusus..

nasihat, andai mahu penjelasan secara khusus, insya Allah, sila hadirkan jasad, jiwa dan hati kalian ke hadapan guru-guru yang ahlinya, insya Allah, amin ya Rabb..wallahua'lam..

keduanya..

apabila dinyatakan sesuatu perkara, hal atau seumpamanya, maka ia bermula dengan takrifnya, atau ertinya..

maka,  

apakah takrif bagi ayat muhkamat?

al-Muhkam adalah merujuk kepada "المتضح المعنى", (yang bermaksud) : "yang jelas maknanya"..

maka, ayat Muhkamat adalah merujuk kepada "ayat yang diketahui dengan jelas maknanya dan maksudnya", insya Allah, wallahua'lam..

contoh ayat Muhkamat di dalam Al-Quran?


(yang bermaksud) : "Tiada sesuatu pun yang menyerupai-Nya" (Surah as-Syura, ayat 11)

wallahua'lam..

apakah pula takrif bagi ayat mutasyabihat?

al-Mutasyabih adalah merujuk kepada "ما ليس بمتضح المعنى", (yang bermaksud) : "yang tidak jelas maknanya"

maka, ayat Mutasyabihat adalah merujuk kepada "ayat yang tidak diketahui atau tidak jelas maknanya dan maksudnya", insya Allah, wallahua'lam..

contoh ayat Mutasyabihat di dalam Al-Quran?

(Surah Taha, ayat 5).

wallahua'lam..

alhamdulillah, begitulah secara umum, takrif bagi ayat Muhkamat dan ayat Mutasyabihat..

maka,
 
apakah permasalahannya? 
atau persoalannya?


Mutakhir ini, masyarakat umumnya, iaitu kebanyakan orang awam yang majoritinya tidak mengetahui tentang hal ini, dan kemudiannya telah didedahkan dengan "pegangan menggunakan makna zahir bagi ayat Mutasyabihat"..

Kemungkinan, hal ini sudah muncul pada suatu ketika dahulu, namun ia kembali memuncak pada zaman kini, astaghfirullah, wal iyya dzubillah..

antara ayat mutasyabihat yang "dipopularkan" makna zahirnya adalah,

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

الرّحْمٰنُ عَلَى العَرْشِ اسْتَوَى

(makna zahir yang digunakan sehingga berlakunya tasybih dan tajsim) : "Tuhan bersemayam atas Arasy/Tuhan duduk selo lendik atas Arasy"..

astaghfirullah, wal iyya dzubillah..

sesungguhnya, penggunaan makna zahir itu telah menyebabkan berlakunya tasybih (iaitu menyamakan Allah dengan makhluk) dan tajsim (iaitu menjisimkan Allah seperti makhluk)..

astaghfirullah, wal iyya dzubillah..

sesungguhnya tiada walau seorang pun Ahlul Salaf dan Ahlul Khalaf yang menggunakan makna zahir sebegitu bagi ayat 5 bagi Surah Taha itu..

sebaliknya, Ahlul Salaf dan Ahlul Khalaf bersepakat tidak harus menjadikan ayat Istiwa dengan makna zahirnya (iaitu duduk bersemayam/duduk selo lendik)..


wallahua'lam..

siapakah Ahlul salaf?

Sila rujuknya di sini..


PERSOALAN : 
bagaimanakah Ahlul Salaf memahami ayat Mutasyabihat itu?

Ahlul Salaf, iaitu kebanyakan daripada mereka menta'wil ayat-ayat mutasyabihat secara umum, yakni ta'wil ijmali..

apa itu ta'wil?

Ta'wil adalah merujuk kepada "menjauhkan makna dari segi zahirnya kepada makna yang lebih layak (sesuai) bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala, Tuhan Yang Maha Suci"..


Hal ini kerana makna zahir bagi ayat mutasyabihat ada yang boleh menyebabkan manusia yakni hamba-Nya menyamakan Allah dengan makhluk, dan menjisimkan Allah seperti makhluk, astaghfirullah, wal iyya dzubillah..


maka, Ahlul Salaf, kebanyakan daripada mereka telah menta'wil ayat mutasyabihat itu secara umum, yakni ta'wil ijmaliyy..

Mereka "memindahkan lafaz daripada makna zahirnya" dan "kemudian diserahkan maksud sebenar sesuatu lafaz itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala"..ia juga dikenali sebagai tafwidh (penyerahan)..


Mereka beriman tentangnya serta yakin bahawa makna bagi ayat itu bukanlah seperti mana yang dapat difikirkan oleh minda manusia dan dirasakan oleh hati manusia, tetapi ia yakni ayat itu memiliki makna yang layak (sesuai) bagi kemuliaan Allah Subhanahu wa Ta'ala, Tuhan Yang Maha Suci..

Mereka telah mengembalikan makna bagi ayat Mutasyabihat itu kepada ayat Muhkamat yang lebih jelas maknanya..

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

(yang bermaksud) : "Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat" (surah al-Syura, ayat 11)

Ayat ini adalah salah satu daripada ayat Muhkamat, yang mana jelas maknanya..


maka, secara jelasnya, dan ringkasnya, maka ternafilah makna zahir yang digunapakai sejak akhir-akhir ini oleh golongan "jahil" dan "menyesatkan orang ramai" bagi ayat,

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

الرّحْمٰنُ عَلَى العَرْشِ اسْتَوَى

mereka yang jahil dan "menyesatkan orang ramai itu" telah mengunakan makna zahir bagi ayat ini  iaitu dengan maknanya "Tuhan duduk selo lendik (duduk bersemayam) di atas Arasy", dan jelas ia menyesatkan orang ramai kerana orang ramai akan berfikir dan berperasaan bahawa Allah ini duduk di atas Arasy..astaghfirullah, wal iyya dzubillah..

apabila dirujuk kepada ayat muhkamat di atas, maka secara jelasnya Allah tidak menyerupai dengan apa-apa pun, termasuklah makhluk ciptaan-Nya..

maka, sesungguhnya duduk adalah sifat makhluk, yakni sifat baru, sifat yang didahulukan dengan sifat yang lain, yang dikemudiankan dengan sifat yang lain..

contoh, sebelum duduk, maka pasti adanya perbuatan lain, seperti bangun, baring, dan seumpamanya..begitu juga selepas duduk, maka pasti adanya perbuatan lain, seperti bangun, baring, dan seumpamanya..


maka, ia adalah mustahil bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala yang tidak menyerupai makhluk ciptaan-Nya..

walaupun di katakan, "Allah duduk selo lendik (duduk bersemayam) atas Arasy", kemudian di nafikan dengan kata-kata "duduk Allah tidak seperti makhluk", namun ayat pertama itu secara jelas merujuk kepada menyamakan Allah dengan makhluk, dan penafian itu hanyalah suatu yang sia-sia kerana sifat duduk adalah sifat yang mustahil bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala, Tuhan Yang Maha Suci..

maka, kembalilah beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya Ahlul Salaf tidak pernah mentafsir sebegitu dan tidak pernah menggunakan makna zahir sebegitu.. 

sesungguhnya ia adalah suatu bida'ah yang sesat lagi haram, yakni pembaharuan yang sesat dan tidak bersumber dari Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, dan haram berbuat sedemikian kerana boleh menyebabkan orang ramai tersesat dengannya atau dengan keadaan yang lebih teruk, orang ramai boleh kufur dengannya..

andai pemimpin yang berbuat sedemikian, sewajibnya dia menjaga lidahnya dan kelakuannya supaya tidak mengelirukan pengikutnya, rakyatnya sehingga boleh menyebabkan mereka menjadi sesat dan semakin jauh dari jalan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala..

astaghfirullah, wal iyya dzubillah.. 

kemudian, siapakah Ahlul Khalaf?

sila rujuknya di sini..

PERSOALAN : 
Bagaimanakah Ahlul Khalaf memahami ayat Mutasyabihat itu?

Ahlul Khalaf, iaitu kebanyakan daripada mereka menta'wil ayat-ayat mutasyabihat secara terperinci iaitu dengan makna-maknanya yang sesuai (dengan penggunaan makna-makna bahasa arab yang sesuai), yakni ta'wil tafsiliyy..

Kenapakah hal ini berlaku?

Kenapakah cara Ahlul Salaf dan Ahlul Khalaf berbeza?

sila rujuknya di sini..

secara ringkas dan umumnya, kesimpulannya adalah,

Firman Allah S.W.T :

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

(yang bermaksud) : "Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat" (surah al-Syura ayat 11)


wallahua'lam

dan..

dari Ibn 'Umar dan Jundub :

 كُـنـَّا مَعَ النَّبـِيِّ وَنـَحْنُ فِتــْيَانٌ حَزَاوِرَةٌ فَتــَعَلَّمْنَا الإِيمَانَ قَبـْلَ أَن نـَتـَعَلَّمَ الـْقُرْءَانَ, ثــُمَّ تـَعَلَّمْنَا الـْقُرْءَانَ فـَازْدَدْنـَا بِهِ إِيمَانــًا

(yang bermaksud) : "Kami pernah bersama Nabi (Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam) ketika kami kanak-kanak. Ketika itu, kami mempelajari Iman sebelum kami mempelajari al-Quran, kemudian setelah kami mempelajari al-Quran, maka bertambahlah Iman kami dengan mempelajari al-Quran".

(hadits riwayat oleh Ibnu Majah)

wallahua'lam.. 

berusahalah mencari ilmu aqidah yang benar dan beramal dengannya, sesungguhnya diri kalian lebih selamat dan selesa dengannya untuk meneruskan baki kehidupan..insya Allah, wallahua'lam..

sesungguhnya, mu'min itu adalah beriman dengan ayat muhkamat yang lebih jelas maknanya dan beriman jua dengan ayat mutasyabihat di jalanan keredhaan-Nya, insya Allah, amin ya Rabb, wallahua'lam..

1 comment:

  1. Sila lihat satu kajian mendalam lagi terkini tentang ayat2 muhkamat dan mutasyabihat dalam http://kajian-quran.blogspot.com/ yg mana aku fikir ianya amat menarik sekali dan para ulama juga perlu mendokonginya. Insyaallah kita semua akan mendapat metunjuk dan hidayah.

    ReplyDelete

~ Muhasabah ~