Ahlul Salaf adalah merujuk kepada ulama' Ahlul Sunnah wal Jama'ah yang kehidupannya pada 300 hijriyyah yang pertama..
Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :
خير القرون قَرنِي ثُم الذين يلونهم ثُم الذين يلونهم
"Sebaik-baik kurun adalah kurunku kemudian kurun selepas mereka kemudian kurun selepas mereka"
(hadits riwayat Imam al-Tirmidzi).
wallahua'lam.
Secara ringkas dan umumnya, Ahlul Salaf adalah Ahlul Sunnah wal Jama'ah, yakni golongan umat Islam yang kehidupannya diberkati iaitu bermula dari kurun pertama sehingga kurun ketiga hijrah, iaitu sehingga 300 hijriyyah yang pertama..
Merekalah para sahabat Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam, para tabi'in, dan tabi' tabi'in..
wallahua'lam..
Siapakah Ahlul Khalaf?
قال ابن الأَثير:الخَلَفُ، بالتحريك والسكون، كل من يجيء بعد من مضى،
(yang bermaksud) : "Imam Ibn 'Athir berkata : al-Khalaf dengan tahrik dan sukun, iaitulah setiap yang datang setelah pergi"
wallahua'lam..
Begitu juga, ada di nyatakan,
والخَلَفُ والخَلْفُ: ما جاء من بعدُ
(yang bermaksud) : "dan Khalaf dan khalf iaitu apa yang datang setelah itu"
Secara ringkas dan umumnya, Ahlul Khalaf adalah Ahlul Sunnah wal Jama'ah, yakni golongan Umat Islam yang kehidupannya setelah "itu" (berakhirnya kurun ketiga hijrah, yang mana kurun pertama sehingga kurun ketiga hijrah dikenal sebagai zaman Ahlul Salaf)..
Ahlul Khalaf merupakan penerus kepada Ahlul Salaf, tidak ada pertentangan ilmu dan amal aqidah di antara Ahlul Salaf yang muktabar dan Ahlul Khalaf yang muktabar...
Kehidupan Ahlul Khalaf adalah selepas 300 hijrah sehingga lebih kurang 900 hijrah atau tidak lebih menurut sesetengah pendapat, maka itulah Ahlul Khalaf..
Antara Ahlul Khalaf yang akhir yang hidup sehingga 911H, ialah al-Imam as-Suyuti Radhiyallahu 'anhu dan ramai lagi..
wallahua'lam..
PERSOALAN :
apakah yang membezakan di antara Ahlul Salaf dan Ahlul Khalaf berkenaan cara memahami
ayat Muhkamat dan ayat Mutasyabihat
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :
(surah al-Imran, ayat 7 dan ayat 8)
wallahua'lam..
pertamanya, apakah yang dimaksudkan ayat muhkamat dan ayat mutasyabihat?
sila rujuknya di sini..
keduanya,
Perbezaan bagi kedua-dua golongan ini (Ahlul Salaf dan Ahlul Khalaf) adalah berlaku kerana berbeza pandangan di dalam menentukan "tempat berhenti" (waqaf) pada ayat 7, surah al-Imran.
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :
وَ مَا يَعلَمُ تَأوِيلَهُ إِلا اللهُ
(yang bermaksud) : "dan tiadalah yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah (Subhanahu wa Ta'ala)
atau..
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :
وَ مَا يَعلَمُ تَأوِيلَهُ إِلا اللهُ وَ الرَّاسِخُونَ فِي العِلمِ
(yang bermaksud) : "dan tiadalah yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah dan orang-orang yang mendalam ilmunya"
wallahua'lam..
ketiganya, apakah yang di maksudkan ta'wil?
sila rujuknya di sini..
keempatnya,
maka..
Ahlul salaf berpandangan "waqaf" seperti ayat yang pertama..maka, Ahlul Salaf berpendapat, "yang mengetahui tentang ta'wil hanyalah Allah Subhanahu wa Ta'ala sahaja dan makhluk tidak berupaya untuk mengetahui tentangnya"..
Ahlul Khalaf pula berpandangan seperti ayat yang kedua..maka, Ahlul Khalaf berpendapat, "yang mengetahui tentang ta'wil adalah Allah Subhanahu wa Ta'ala dan para alim ulama' yakni ulama' Ahlul Sunnah wal Jama'ah"
sebagai contoh,
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :
الرَّحمَانُ عَلَى العَرشِ استَوَى
(surah Toha, ayat 5)
Ahlul Salaf mengatakan "Istiwa" tidak ketahui maksudnya..
Ahlul Khalaf mengatakan "Istiwa" di situ dengan maksud "Istila" (bermaksud : menguasai)..
wallahua'lam..
Kedua-dua pandangan, pendapat, dan pernyataan iaitu dari Ahlul Salaf dan Ahlul Khalaf itu, adalah bertepatan dan ia boleh digunakan..Tiada perbalahan di antara kedua-duanya sehingga membawa perpecahan di antara kedua-duanya..
Bahkan, Ahlul Salaf adalah generasi umat Islam yang diberkati, yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala..dan Ahlul Khalaf adalah generasi umat Islam setelah itu, yang mana penerus bagi jalanan Ahlul Salaf..
wallahua'lam..
seperti mana diketahui, kebanyakan daripada Ahlul Salaf mengatakan "Istiwa" tidak ketahui maksudnya, namun ada juga di antara mereka yakni Ahlul Salaf yang menta'wilnya..
seperti, al-Imam Sufyan at-Thauri menta'wilkan ayat Istiwa (dengan maksud "berkehendak menciptakan langit"), sila rujuk kitab Jamik al-Bayan, karangan al-Imam al-Tobari..
wallahua'lam..
harus bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala iaitu mencipta langit, mencipta Arasy, mencipta manusia, mencipta awam, dan seumpamanya, iaitu sebagai tanda kekuasaan-Nya..
maka, jelaslah, Allah mencipta langit, Arasy, bukan sebagai tempatnya, kerana andai Allah tidak mencipta semua itu sekalipun, ia tidak mengapa bagi-Nya, kerana Allah tetap Tuhan Yang Maha Kuasa, Tuhan Yang Maha Suci..
namun, Allah mencipta semua itu sebagai menzahirkan kekuasaan-Nya kepada makhluk-Nya yang mana bijak menggunakan akal dan hatinya di dalam mengenali-Nya, Allah Tuhan Yang Maha Esa, Allah Tuhan Yang Maha Kuasa..
wallahua'lam..
dan, orang yang jahil lagi sesat, dan kemudiannya menyesatkan orang ramai adalah mereka yang mana menggunakan makna zahir bagi ayat mutasyabihat seperti ayat Istiwa itu (iaitu dengan makna duduk bersemayam/duduk selo lendik), kerana ia jelas telah menyamakan Allah dengan makhluk, dan lebih tepat lagi, ia adalah bukan sunnah, tidak ada satu jalan pun sedemikian dari Ahlul Salaf dan Ahlul Khalaf..
Bahkan Ahlul Salaf dan Ahlul Khalaf bersepakat (tiada khilaf/tiada perbezaan pendapat) bahawa tidak harus menjadikan ayat Istiwa dengan makna zahirnya (iaitu duduk bersemayam/duduk selo lendik)
wallahua'lam..
sesungguhnya, bagi mereka yang menggunakan makna zahir bagi ayat Istiwa (iaitu duduk bersemayam/duduk selo lendik), maka mereka ini adalah golongan yang melakukan bida'ah yang sesat (pembaharuan yang sesat), lagi haram (menyesatkan orang ramai)..
astaghfirullah, wallahua'lam..
sesungguhnya, jalanan Ahlul Salaf dan Ahlul Khalaf adalah jalanan yang diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan merupakan jalanan sunnah dari Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam..
wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment