subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..
wallahua'lam..
Lanjutan kepada post perihal al-Fadhil al-Walid Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib al-Banjari al-Makki..
Post kali ini membicarakan tentang suatu anugerah istimewa kepada sang guru ini dari Allah Subhanahu wa Ta'ala..
Anugerah Istimewa itu adalah,
"sanad yang bersambung"
masya Allah, tabarakallah..(T__T)
al-Fadhil al-Walid Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib al-Banjari al-Makki telah mewarisi kemuliaan ilmu pengajiannya serta amalannya melalui ketersambungan sanad (mata rantaian keilmuan), yakni secara langsung dari guru-gurunya yang mulia, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)
Seperti mana di maklumkan, al-Fadhil al-Walid Tuan Guru Syeikh Nuruddin al-Banjari ini mempunyai keluasan ilmu hadits dan amalannya yang mana hanya Allah sahaja yang mengetahui tentangnya, masya Allah, tabarakallah..
Maka, ilmu hadits serta amalannya itu, sang guru ini mempelajari ia melalui "jalur periwayatannya" sehingga kepada Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam..masya Allah, tabarakallah..wallahua'lam..
Demikian juga, apabila sang guru ini mempelajari setiap kitab para ulama' Ahlul Sunnah wal Jama'ah, maka riwayat pembacaan kitab-kitab tersebut melalui "jalur periwayatannya" sehingga kepada pengarang asal kitabnya seperti kitab karangan al-Imam Syafi'e, al-Imam Malik, al-Imam Nawawi dan lain-lain..masya Allah, tabarakallah, wallahua'lam..
Maka, disini amat jelas kemurnian dan keberkatan ilmu yang ada padanya yakni pada sang guru ini, serta amalanya yang diberkati dan dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala..subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)
Kemurniaan dan keberkatan ilmu yang ada padanya itu adalah yang berpindah dari satu generasi kepada generasi yang lain, tanpa terputus ia yakni "sanad" iaitu "rantaian keilmuan yang benar dan diredhai", insya Allah, amin ya Rabb..wallahua'lam..
Secara jujurnya, untuk mencapai tahap keilmuan seperti itu, sudah pasti di pemikiran minda hina ini, ia memerlukan suatu tahap kesabaran yang luar biasa..Luar biasa di sini adalah merujuk kepada ketahanan dan daya usaha yang dianugerahkan Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada al-Fadhil al-Walid Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)
Sesungguhnya anugerah istimewa itu wajar di berikan kepadanya yakni "sanad yang bersambung" kerana usahanya yang gigih, kesabarannya yang jitu di dalam mencari ilmu dan amalan yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta'ala..masya Allah, tabarakallah..(T__T)
Sesungguhnya "sanad yang bersambung" itu adalah memerlukan kepada usaha yang gigih dan kesabaran yang jitu untuk memperolehinya, dan segalanya adalah kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala iaitu dengan keizinannya, insya Allah, amin ya Rabb..
Hal ini juga adalah merujuk kepada tradisi para ulama' Salaf ketika mana hendak memberi syarah (penjelasan) terhadap sesuatu hadits..
Kita harus mengetahui siapa orang yang mensyarah hadits atau hasyiyah (catatan kaki), kerana ramai orang yang mampu memahami "makna zahir" bagi sesuatu hadits tetapi tidak boleh mengungkapkan atau tidak tepat memaknainya seperti mana yang asalnya..
maka, hal inilah yang dikatakan istimewanya hamba-Nya yang dianugerahkan "sanad yang bersambung"..di mana, insya Allah, ilmu dan amalan yang disyarahkannya itu adalah seperti mana "ilmu dan amalan yang asalnya yakni yang dikatakan dan dinyatakan oleh Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam terutamanya"..subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)
Secara kesimpulan ringkasnya, hal inilah yang dinyatakan sebagai "min fawaidi at-talaqqi" (iaitu sebahagian manfaat bertalqqi), iaitu supaya kita dapat memaknai hadits itu secara tepat, atau dapat memaknai isi-isi kitab para ulama' muktabar secara tepat dan lengkap, insya Allah..
Walaupun, kemungkinan adanya berlaku sedikit perbezaan di sudut syarahan, namun Insya Allah, dengan bertalaqqi (berada di bawah bimbingan langsung seorang guru yang ahlinya), maka pemahaman kita itu tidak akan lepas dari maksud dan tujuan penulis, atau pengarang asal kitab itu, atau yang terutamanya dari Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam..insya Allah, amin ya Rabb..
dan..kata-kata penutup yang amat ringkas tetapi amat bermakna buat kita semua di dalam mencari ilmu dan amalan yang diredhai-Nya, iaitu dipetik dari kata-kata al-Fadhil al-Walid Tuan Guru Syeikh Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib al-Banjari al-Makki :
"al-Haqiqah ala ma'na Shahih"
(yang bermaksud) : "pengertian sebenarnya dengan makna yang sebenarnya"..
maka, hal inilah merujuk kepada pentingnya belajar secara bertalaqqi, maka hasilnya sanad yang diredhai, insya Allah, amin ya Rabb..
semoga Allah bersamamu wahai sang guruku, al-Fadhil al-Walid Tuan Guru Syeikh Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib al-Banjari al-Makki. amin ya Rabb, wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment