06 August 2011

Menyendiri mencari diri sebagai hamba Ilahi..


alhamdulillah, limpahan rahmat-Nya dan kasih sayang-Nya semoga sentiasa mencurah kepada diri, sahabat dan hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala selainnya"subhanallahi wabihamdih"..

sudah lama rasanya tidak disini,
memilih untuk menyendiri seketika,
memberi peluang kepada hati,
mencari diri sebagai hamba-Nya..

astaghfirullah, insya Allah..

hati yang panas tidak bisa disentuh,
sebaik-baiknya adalah diam seketika,
andai ia disentuh,
bertambah parah jadinya..

astaghfirullah..

para ulama' ada berpesan :
داووا الغضب بالصمت
(yang bermaksud) : "ubatilah kemarahan itu dengan diam"

alhamdulillah..subhanallahi wabihamdih..

kini, aku kembali tenang..benarlah pesanan yang datang dari al-'Allamah al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawa, iaitu :

"amalkan zikir Subhanallahi wabihamdih, usahakan 100 kali pada setiap harinya terutama pada waktu pagi, zikir ini membuat wajah cerah, hidup bahagia, jiwa tenang, dan terbuka pintu-pintu kemudahan"

alhamdulillah, syukran ya Habib Munzir, semoga Allah mengolongkan beliau dikalangan mereka yang soleh, amin..

Kini, jasad ini berada di bulan Ramadhan yang mulia..sudah 6 Ramadhan kiranya, alhamdulillah, "semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala mencerahkan jiwa ini dengan cahaya keimanan agar terus bertaubat kepada Allah, agar terus beramal ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.."

maka, marilah bersama-sama wahai hati, wahai jiwa, wahai jasad untuk terus-terusan memohon taubat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, terutama di bulan yang dipenuhi keberkatan, rahmat ini, insya Allah..semoga dipermudahkannya..

pernah diceritakan..

ketika datang seseorang kepada Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mengadukan dosa-dosanya, lalu Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam menyebutkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّـيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ

(yang bermaksud) : "Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat"

(Surah Hud, ayat 114)

wallahua'lam..

alhamdulillah, 
apabila hati menjadi tidak keruan,
apabila jiwa menjadi kelesuan,
apabila jasad menjadi kekeliruan,
segeralah kembali kepada Allah Tuhan Yang Maha Pengampun..

insya Allah, wallahua'lam..


No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~