20 August 2011

Majlis Sambutan Haul Ummu Mukminin Sayyidatina Khadijah al-Kubra dan Abuya as-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki


Beruntung bagi mereka yang memanfaatkan setiap masa, ruang dan peluang untuk berada di dalam majlis-majlis yang indah, majlis yang terdapatnya para malaikat yang mendampingi, majlis yang tercurahnya ribuan rahmat dan barakah, subhanallahi wabihamdih..

Majlis yang indah ini adalah majlis zikir atau majlis yang hatinya sentiasa mengingati Allah, sentiasa merindui Allah, sentiasa mencintai Allah, subhanallahi wabihamdih..

Apa buktinya majlis ini diredhai Allah Subhanahu wa Ta'ala?

daripada Sayyidina Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, daripada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

(yang bermaksud) : "Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang mulia yang sentiasa meronda untuk mengikuti majlis-majlis zikir (majlis mengingati Allah Subhanahu wa Ta'ala). Sekiranya mereka menemui satu majlis zikir, maka mereka akan duduk di situ sambil sesam mereka akan membentangkan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang di antara mereka dengan langit dunia, setelah ahli majlis itu berpisah, maka para malaikat tadi naik ke langit. Lalu Allah bertanya kepada mereka sedangkan Dia Maha Mengetahui :

"Dari mana kamu datang?"

Malaikat menjawab : "Kami datang dari sisi hamba-hamba-Mu di dunia yang bertasbih, bertakbir, bertahlil dan memohon kepada Engkau."

Allah bertanya lagi : "Apa yang mereka memohon?"

Para Malaikat menjawab : "mereka memohon syurga-Mu"

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?"

para Malaikat menjawab : "Tidak wahai Tuhan"

Allah bertanya : "maka bagaimanakah sekiranya mereka pernah melihat Syurga-Ku?"

para Malaikat berkata : "Mereka juga meminta dijauhkan kepada-Mu"

Allah bertanya : "daripada apa yang mereka minta dijauhkan?"

para Malaikat menjawab : "daripada neraka-Mu"

Allah bertanya : "Adakah mereka pernah melihat neraka-Ku?"

para Malaikat menjawab : "Tidak wahai Tuhan"

Allah bertanya : "maka bagaimanakah sekiranya mereka pernah melihat Neraka-Ku?"

para Malaikat memberitahu lagi : "mereka juga beristighfar kepada Engkau"

Allah berkata : "Aku telah mengampuni mereka dan Aku berikan kepada mereka apa yang mereka minta dan menjauhkan mereka daripada apa yang mereka minta dijauhkan"

para Malaikat berkata lagi : "Ya Tuhan, di kalangan mereka ada seorang hamba yang bersalah. Dia melintasi majlis mereka, lalu duduk bersama mereka"

Allah berkata : "Aku telah ampuninya, mereka adalah kaum yang tidak merugikan sesiapa yang duduk bersama mereka"

subhanallahi wabihamdih..(T__T) wallahua'lam..

maka, jom kita bersama para ulama' Ahlul Sunnah wal Jama'ah, para habaib keturunan ya habibi Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam iaitu di dalam majlis-majlis yang dihadiri mereka, insya Allah, majlis yang dipenuhi bau-bauan syurga, insya Allah bau-bauan itu juga akan melekat pada tubuh kita, pada hati kita dan seterusnya menguatkan lagi jiwa untuk beramal ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, amin..

"ya Allah, hadirkanlah jasad aku bersama hatiku serta jiwaku di majlis ini yang mana terdapatnya para pencinta-Mu ya Allah, semoga aku juga tergolong sama dikalangan mereka, amin"

wallahua'lam..


No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~