10 August 2011

Pintu keampunan Allah tidak pernah ditutup, sebaliknya ia terbuka luas..


Pada suatu pagi yang nyaman, 
angin pagi yang membawa kesejukan,
Suasana disekitarnya yang aman,

hanya bertemankan alunan burung yang berkicauan..

Kelihatannya sebuah masjid sudah selesai solah Fardhu Subuhnya, beberapa manusia kelihatan sedang menuruni setiap anak tangga masjid itu untuk pulang ke rumah masing-masing atau memulakan pekerjaan mereka di awal pagi ini..

Namun, seorang pemuda masih duduk bersila di suatu sudut di dalam masjid itu sambil dijarinya terselit seutas tasbih..





Sedang pemuda itu duduk bersila disitu, lalu datang seorang pemuda yang lain ke sisinya, "Assalammualaikum, boleh menganggu abg sekejap"

si pemuda yang duduk bersila itu terus memalingkan wajahnya kepada arah yang datangnya lafaz salam itu tadi, terus tersenyum dia menjawab salam, "waalaikummusalam, boleh, duduklah, ada apa dik?"

si pemuda yang lain (Adik) terus duduk disisi pemuda itu..

Si pemuda lain itu (Adik) kelihatannya malu untuk memulakan bicaranya, namun si pemuda itu (abang) tersenyum, "dik, kita sekarang berjalan di atas satu jalan, jalan itu tidak kosong, tetapi adanya duri-duri, halangan, yang mana itu adalah ujian kepada kita, andai kita berjaya melepasinya, kita akan bahagia, insya Allah"



kelihatannya, si pemuda lain itu tenang seketika, lalu memulakan bicaranya,
"abg, saya ni banyak dosa, macam-macam dah saya rasa yang saya buat, dari sekecil-kecil dosa kepada yang besar, mungkin..apakah masih ada ruang untuk saya bertaubat? apakah Allah masih sayangkan saya?"


si pemuda itu (abang) tenang mendengar luahan, dan berkata, "dik, setiap manusia itu pasti ada dosa, sama ada ia kecil atau besar..namun, soalannya, "apakah ada di antara manusia yang berdosa itu, adanya usaha untuk bertaubat?", itu soalan yang perlu dijawab wahai adikku..

dik, adik ingat lagi tak kisah ayah kita iaitu Nabi Adam alaihi Salam ketika mana beliau di Syurga bersama ibu kita, Siti Hawa?"

si pemuda lain itu mengangguk..

si pemuda itu tersenyum, dan menyambung,

"Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :



وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلاَ مِنْهَا رَغَداً حَيْثُ شِئْتُمَا وَلاَ تَقْرَبَا هَـذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الْظَّالِمِينَ   

(yang bermaksud) : "Dan Kami berfirman : "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu Syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini. yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim"



(Surah al-Baqarah, ayat 35)

namun Nabi Adam alaihi salam bersama Siti Hawa telah mendekati pohon itu, yakni pohon yang dilarang oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, bahkan itu mereka berdua memetik buahnya dan memakannya..

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :



فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ وَقُلْنَا اهْبِطُواْ بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ

(yang bermaksud) : "lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari Syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan Kami berfirman : "Turunlah kamu! sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan"

(Surah al-Baqarah, ayat 36)
 

subhanallahi wabihamdih..

dik, lihatlah, renungkanlah, ayah kita pun ada melakukan kesalahan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, maka apatah kita yang mana manusia biasa, hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala yang faqir..

namun, apakah Allah Subhanahu wa Ta'ala membiarkan kita melakukan kesalahan?

tidak wahai adikku, buktinya ada pada ayat selepas ayat tadi..


Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :



فَتَلَقَّى آدَمُ مِن رَّبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

(yang bermaksud) : "Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang"

(Surah al-Baqarah, ayat 37)


subhanallahi wabihamdih..

maka dik, perbanyakkanlah bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..


Allah tidak pernah menutup pintu taubatnya, sebaliknya Dia sentiasa membuka pintu taubatnya, bahkan di bulan Ramadhan ini, yakni yang kita sekarang berada ini, pintu taubatnya terbuka lebih luas, subhanallahi wabihamdih
.."




si pemuda lain itu kelihatan tenang seketika, "alhamdulillah, terima kasih abang, leh abang citerkan tentang pintu taubat yang lebih luas di bulan Ramadhan ini?"

si pemuda itu tersenyum, "alhamdulillah, baiklah, adikku..

ya habibi Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :


وله رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار، وأن الله تعالى ينظر في أول ليلة منه إلى المسلمين، ومن نظر إليه لم يعذبه، ويغفر لهم في آخر ليلة منه رواه ابن خزيمة، والبيهقي - 


(yang bermaksud) : "Awalnya (bulan Ramadhan) adalah rahmat, tengahnya adalah ampunan, dan akhirnya adalah pembebasan. Sesungguhnya Allah Ta'ala memperhatikan kaum muslimin pada malam pertama dari bulan Ramadhan tersebut, dan siapa yang mendapat perhatian Allah Ta'ala nescaya ia tidak akan disiksa-Nya. Selanjutnya Dia mengampuni mereka pada akhir malam dari bulan Ramadhan"

(Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi)



subhanallahi wabihamdih..

di dalam bulan Ramadhan terdapatnya rahmat-Nya, keampunan-Nya, kasih sayang-Nya..subhanallahi wabihamdih..

maka, amat rugilah bagi mereka yang tidak mahu beramal ibadah di bulan ini, tidak mahu memohon keampunan Allah di bulan ini..astaghfirullah..

wallahua'lam..


maka, dik, perbanyakkan memohon keampunan Allah Subhanahu wa Ta'ala di bulan mulia ini, di bulan yang dipenuhi keampunan Allah Subhanahu wa Ta'ala, jiwa kita bisa tenang di bulan ini wahai adikku..

bagi mereka yang tidak tenang, itu bukan bermakna pintu rahmat Allah ditutup, tetapi mereka masih membiarkan diri mereka lalai dengan keni'matan dunia, maka tinggalkanlah seketika dunia, memuliakanlah bulan yang dipenuhi ketenangan jiwa ini, insya Allah..

dik, perbanyakkanlah zikir ya, al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawa pernah berkata, "amalkanlah zikir Subhanallahi wabihamdih, dimana amalan zikir ini boleh mengugurkan dosa-dosa umpama daun kering yang berguguran dari pohonnya"

subhanallahi wabihamdih"

si pemuda lain itu bertambah tenang pada wajahnya, "alhamdulillah, terima kasih abang, banyak yang saya dapat pada pagi ni, terima kasih ya abang, saya mohon pulang dulu ya, insya Allah, kalau saya ada apa-apa lagi, leh jumpa abang ya?"

si pemuda itu tersenyum, "alhamdulillah, insya Allah, boleh saje dik, abang pun tak ada lah pandai, apa yang abang tau, abang akan ceritakan, apa yang abang tak tahu, abang diamkan dan abang tanya kepada yang lain, insya Allah"



si pemuda lain itu lalu bersalaman dengan si pemuda itu dan terus berlalu pulang ke rumahnya..







No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~