20 August 2011

Kehidupan di pagi ini (21 Ramadhan 1432H) bersama Tuan Guru yang dicintai..(T__T)


alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..Subhanallahi wabihamdih..

alhamdulillah, limpahan rahmat-Nya dan kasih sayang-Nya terasa bagaikan tercurah-curah di jiwa ini setelah dapat bersama dengan seorang ulama' Ahlul Sunnah wal Jama'ah, insya Allah iaitu pada pagi tadi (21 Ramadhan 1432H bersamaan 21 Ogos 2011M)..alhamdulillah, subhanallahi wabihamdih..

alhamdulillah, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengizinkan hamba-Nya yang mulia, al-'Allamah al-Fadhil Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin bin Marbu al-Banjari al-Makki untuk hadir mengimami solah sunat Tasbih di Masjid as-Salam, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor Darul Ehsan pada pagi tadi..


alhamdulillah, kemudiannya Allah Subhanahu wa Ta'ala juga mengizinkan beliau mengalunkan beberapa alunan zikir yang mana ibarat hati yang direndam di dalam air yang sejuk dan tenang, bagaikan lapang minda yang sebelum ini begitu sibuk dengan ni'mat dunia, bagaikan damai hati yang sebelum ini begitu keras dengan keindahan dunia..subhanallahi wabihamdih..(T__T)


alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, kerana Dia telah mengizinkan hamba-Nya ini yakni jasad ini untuk bersahur di Masjid as-Salam, terima kasih dilafazkan kepada pihak pengurusan Masjid dan pihak yang turut sama menjayakannya, semoga limpahan rahmat-Nya dan kasih sayang-Nya semoga sentiasa menaungi kalian semua, amin..


alhamdulillah, kemudiannya, dilanjutkan pula kepada Solah Fardhu Subuh secara berjema'ah, begitu ramai para jema'ah yang solah disitu..

Ketika melihat begitu ramai jema'ah Solah fardhu Subuh ini, teringat minda faqir kepada satu kata-kata dari tentera Yahudi, iaitu :

"di dalam kitab kami ada tertulis, "jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untul solat Subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah Solat Jumaat, maka saat itu Israel akan hancur"

Subhanallahi wabihamdih, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar..

di dalam satu hadits ada menceritakan tentang kemuliaan berjema'ah bagi Solah Fardhu Subuh, iaitu :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَفْضُلُ صَلَاةٌ فِي الْجَمِيعِ عَلَى صَلَاةِ الرَّجُلِ وَحْدَهُ خَمْسًا وَعِشْرِينَ دَرَجَةً قَالَ وَتَجْتَمِعُ مَلَائِكَةُ اللَّيْلِ وَمَلَائِكَةُ النَّهَارِ فِي صَلَاةِ الْفَجْرِ

(yang bermaksud) : "dari Abu Hurairah, dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, beliau bersabda : "Solah secara berjema'ah lebih utama dua puluh lima derajat daripada solah secara berseorangan, Beliau melanjutkan : "dan para malaikat malam dan malaikat siang berkumpul ketika solah fajar (subuh)"

(Hadits riwayat al-Imam Muslim)

wallahua'lam..subhanallahi wabihamdih..


kemudian, selesai sahaja Solah Fardhu Subuh berjema'ah itu, al-fadhil Tuan Guru mengalunkan beberapa zikir serta doa yang seolah-olah dari jiwanya dan kemudian kepada jiwa para jema'ah yang lain, begitu tenang dan damai, seakan-akan terputus seketika kehidupan dunia dari minda dan hati, subhanallahi wabihamdih, sesungguhnya rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala amat bernilai pada pagi ini, memberi suasana yang tenang kepada hati hina ini..(T__T)

selanjutnya, al-Fadhil Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki menyampaikan kuliah Subuhnya yang berkisahkan "Salam"..



 

Tuan guru yang mulia memulakan ia dengan memaknakan Salam itu adalah merujuk kepada "selamat", "sejahtera", "tenang", "damai"..Subhanallahi wabihamdih..

Sempat juga Tuan Guru bergurau secara berhikmah dan berilmiah dengan mengatakan Masjid as-Salam ini adalah merupakan tempat bagi penghuni kepada mereka yang sentiasa selamat, sejahtera dan tenang..

Tuan Guru juga berkata, "pihak pengurusan Masjid dan pihak yang terlibat adalah mereka yang mempunyai hati yang sejahtera dengan menyediakan makanan untuk bersahur, hal ini adalah perkara yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala"..

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ

(yang bermaksud) : "dari Abdullah bin 'Amru, ada seorang yang bertanya kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam ; "Islam manakah yang paling baik?" Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam menjawab : "kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal"

(Hadits riwayat al-Imam Bukhari)

Subhanallahi wabihamdih..

Satu hadits menceritakan 2 perkara yang mulia yang terdapat pada pagi ini, pertama berkenaan pihak yang menyediakan sahur yang mana insya Allah dimuliakan Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan kedua adalah hal yang akan disampaikan oleh Tuan guru iaitu tentang "salam"..

Subhanallahi wabihamdih..

Selanjutnya, Tuan Guru yang mulia terus membawa contoh yang sentiasa berlaku ketika ini untuk dikaitkan dengan "salam"..
 
iaitu, "ketika mana seseorang itu memandu kereta dan kemudian akan melintasi sebuah tol, maka ketika mana sampai di tol, kebiasaannya penjaga tol yang akan memberi salam.".

katanya Tuan Guru yang mulia, "hal ini bersalahan dengan sunnah yang kita cintai..
أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسَلِّمُ الرَّاكِبُ عَلَى الْمَاشِي وَالْمَاشِي عَلَى الْقَاعِدِ وَالْقَلِيلُ عَلَى الْكَثِيرِ

(yang bermaksud) : "Abu Hurairah berkata ; Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : "orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada pejalan kaki, orang yang berjalan kepada orang yang duduk, dan orang sedikit kepada orang banyak"

(hadits riwayat al-Imam Muslim)

jadi, orang yang memandu kereta itu adalah merupakan orang yang berkenderaan, atau orang yang berjalan..sedangkan penunggu tol itu adalah merupakan orang yang duduk..adalah sunnah seseorang yang memandu kereta itu yang memulai salam..

apakah susah untuk memberi salam? sedangkan hanya melafazkan "Assalammualaikum", dan adalah lebih baik " Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh"..

sesungguhnya ayat "assalammualaikan" itu adalah merupakan doa..andai seseorang itu mendoakan saudara muslimnya, maka akan hadir padanya para malaikat yang akan mendoakan dia..

Subhanallahi wabihamdih..makhluk yang tidak ada dosa padanya, yang sentiasa taat kepada Allah, dan makhluk ini lah yang mendoakan kita pula seandainya kita mendoakan muslim yang lain, apakah doa ini bukan doa mustajab? bahkan doa para malaikat adalah di antara doa yang mustajab, subhanallahi wabihamdih..

maka, hulurkan salam kepada saudara seIslam kita, jangan diikutkan tipu daya syaitan yang tidak mahu melihat orang-orang Islam itu menjadi mukmin, jangan diikutkan hasutan nafsu yang menyebabkan ego, sombong, iri hati kepada hati kita, sesungguhnya mereka ini (nafsu dan Syaitan) akan berusaha melalaikan kita dari terus mengikut jalan yang lurus yakni jalan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala.."

Subhanallahi wabihamdih..

Tuan Guru menyambung lagi, "bahkan penjaga tol itu bisa lebih mulia daripada orang yang berkenderaan itu..

kenapa? pertama, dia setia menunggu kehadiran orang yang berkenderaan itu..kedua, dia mengucapkan salam apabila hadirnya orang berkenderaan itu..ketiga, dia senyum dengan tenang kepada ketika memberi tiket atau bayaran kepada orang berkenderaan itu..keempat, dia menekan butang untuk menaikkan palang tol itu..kelima, dia mengucapkan pula terima kasih kepada orang yang berkenderaan itu.."

Subhanallahi wabihamdih..

begitu terang hati Tuan Guru yang mulia, sampai kepada contoh situasi begini juga nampak beliau kepada hikmah dan rahmat dari-Nya, subhanallahi wabihamdih..

dan, kata Tuan Guru lagi, "Allah Subhanahu wa Ta'ala juga mencipta sebuah Syurga-Nya yang digelar darussalam, Syurga yang sejahtera kepada hamba-Nya yang sejahtera", subhanallahi wabihamdih..

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

لَهُمْ دَارُ السَّلاَمِ عِندَ رَبِّهِمْ وَهُوَ وَلِيُّهُمْ بِمَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

(yang bermaksud) : "bagi mereka (disediakan) darussalam (syurga) pada sisi Tuhannya dan Dia-lah Pelindung mereka disebabkan amal-amal Solah yang selalu mereka kerjakan"

(Surah al-An'am, ayat 127)
 
mereka yang dianugerahkan "darussalam" ini adalah mereka yang dicerahkan hati dengan hidayah Allah Subhanahu wa Ta'ala, kemudian mereka ini mengikuti hidayah Allah Subhanahu wa Ta'ala sehingga menjadi orang-orang yang bertaqwa.."

Subhanallahi wabihamdih..

alhamdulillah, begitulah sedikit sebanyak yang dapat jari hina ini ukirkan disini, kongsikan disini, semoga ia menjadi pedoman serta pengajaran kepada hati hina dan minda faqir ini untuk terus membina hati, jiwa serta jasad menjadi "Abdullah Mukmin", hamba Allah yang beriman kepada-Nya..amin ya Rabbi, amin ya Rahman, amin ya Rahim..

wallahua'lam..


ku akhiri kalam ini dengan :

No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~