14 May 2011

buat wanita idaman hati..(T__T)


"buat wanita idaman hati.."

di penghujung malam ini, tiba-tiba hal ini bermain di minda hina ini, menyelusuri hati yang kering ini..

"siapakah dia?"

aku tak mampu menjawabnya..

pernah terdetik di hati kiriku ; "tajuddin, kau perlu usaha mencari, ia tidak datang ke hadapan matamu"

namun, hati kananku pula yang terdetik ; "walaupun kau mencari, apakah ia isterimu? apakah ia bidadari syurgamu?"

lalu aku berdiam diri seketika..

terdetik kembali hati kananku ; "wahai Tajuddin sahabatku, wanita idamanmu sedang menunggumu di kamar cinta ilahi bersama pakaian yang berkilauan dengan nur Iman"

menangis aku seketika,
terkedu hati kiriku,
tergetar lidah tanpa kata-kata,
hanya senipis esakan dariku..

berkata aku kepada hatiku sendiri ; "benar wahai sahabatku, aku tidak perlu mencari, ia sudah ada menungguku, cuma aku sahaja perlu memilih, sama ada mahu ke tempat ia menunggu, atau aku hanya mensia-siakan waktu dalam keadaan jahil ini"

"ia menungguku di kamar cinta ilahi, bersama pakaian berkilau dengan nur Iman, aku mesti segera mempersiapkan pakaianku yang berkilau dengan nur Iman, agar aku segera dapat bertemu dengannya, terima kasih wahai sahabatku..."


kisah si faqir lagi hina di penghujung malam ini dan permulaan pagi yang mulia ini..

tulisan hati :
al-faqir Abdullah Muhammad Tajuddin..
12 Jamadilakhir 1432H/15 May 2011M
4.10am (waktu Malaysia)

No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~