20 May 2011

catatan perjalanan : pengalaman sebulan di Pengkalan Hulu


Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

2 bulan yang lalu, aku berada di sebuah kawasan di utara Perak Darul Ridzuan, banyak kisah suka dan duka yang diperolehi..Dari gelak ketawa kepada keadaan diam membisu..pelbagai pengajaran yang dipelajari oleh hati, jiwa dan diri yang hina dan kerdil ini, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

dari al-'Allamah Habib Umar bin Hafizh :

مَا أعْجَبَ اْلأرْضُ كُلُّهَا عِبْرَةٌ أظُنُّ لاَ يُوْجَدُ عَلَى ظَهْرِ اْلأرْضِ شِبْرًا اِلاَّ وَ لِلْعَاقِلِ فِيْهِ عِبْرَةٌ اِذَا اعْتُبَرَ

(yang bermaksud) : "Alangkah anehnya bumi, semuanya adalah pelajaran. Ku kira tidak ada sejengkal tanah di muka bumi kecuali di situ ada ibrah (pelajaran bagi orang yang berakal apabila mahu mempelajarinya"..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T_T)

walaupun kisah catatan di Pengkalan Hulu ini sudah "memakan usia" selama 2 bulan, namun ia masih tergambar jelas di ruang mindaku dan hatiku..

maaf wahai jariku, aku terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menyusun setiap catatan ini kerana kesibukan waktu..

namun, alhamdulillah, Allah mengizinkan jari ini untuk meneruskan catatan perjalanan yang sudah lama aku tinggalkan ia yakni kira-kira 2 bulan yang lalu..

Kisah bermula..

ia bermula pada pertengahan bulan Mac yang lalu..
kini sudah pun tiba pertengahan bulan Mei..
2 bulan ia berlalu..
namun masih segar di ingatan dan di hati..

alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..

sebelum aku hadir ke sini,
aku diberitahu adanya pondok pengajian agama,
namun Tuan gurunya sudah kembali pada Ilahi,
ia adalah Pondok Pak Teh yang mulia..

subhanallah..

perjalanan dari Ipoh ke Pengkalan Hulu,
kira-kira 200 kilometer,
jauh perjalanannya dari bandar ke situ,
namun ia dapat di atasi dengan sabar..

insya Allah..



Ketika aku tiba di Pengkalan Hulu, 
perasaan teruja itu hadir pada jiwa,
teruja dengan tempat yang baru,
menghadirkan pengalaman yang bermakna..

alhamdulillah..

Tiba di Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu,
Staf di sini baik dan ramah,
sentiasa suka membantu,
syukur alhamdulillah..

apakah yang aku dapati di sini selama sebulan?

pertamanya, aku dapat mengenali kehidupan Pondok Pak Teh dengan lebih hampir..syukur alhamdulillah..

sebelum ini, hanya terdengar kisahnya dari sahabat-sahabat yang pernah berada disana, namun Allah memberi peluang kepadaku untuk melihat sendiri keindahanya, subhanallah..

keduanya, aku diberi peluang untuk merentasi sempadan Malaysia-Thailand melalui Pekan Pengkalan Hulu (Perak, Malaysia) untuk ke Bandar Betong (Thailand)..

berada disana, seolah-olah aku berasa syukur kepada Allah, kerana di Malaysia lebih indah, aman dan tenteram..alhamdulillah..



ketiganya, kehidupan di sini, alhamdulillah, amat baik, adanya kuliah-kuliah agama yang baik dan diredhai Allah Subhanahu wa Ta'ala, insya Allah, amin ya Rabb..
 

dan pelbagai lagi yang andainya untuk aku kongsi, begitu banyak pengajaran kehidupan yang diperolehi..ia sudah peluang untukku mendalami "erti kata sebuah baki kehidupan"..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

alhamdulillah, maka aku berhenti di sini buat sementara waktu bagi catatan perjalananku di Pengkalan Hulu, Perak..

insya Allah, jika ada apa yang aku ingin tambahi, insya Allah, akan ditambah nanti, amin ya Rabb..wallahua'lam, Allah jua yang Maha Mengetahui..

No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~