23 May 2011

Tuan Guru Sheikh Muhammad Salleh Tok Kenali, pengarang Kitab "Insafi diri : Menjelang umur 40 tahun"

Ketika membelek beberapa kitab al-Marhum datukku..

terselit suatu "khazanah" yang bernilai..

suatu kitab yang diberi nama "Insafi diri ; Menjelang umur 40 tahun", karangan al-Marhum Tuan Guru Sheikh Muhammad Salleh Tok Kenali, anaknya al-Marhum al-'Allamah Tok Kenali..
siapakah Tuan Guru Sheikh Muhammad Salleh Tok Kenali?

Tuan Guru Sheikh Muhammad Salleh Tok Kenali merupakan anak kepada al-Marhum Tuan Guru Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani (Tok Kenali)..
Beliau lahir di Kampung Kenali, Kelantan Darul Naim pada tahun 1329H atau bersamaan tahun 1911M..

Beliau kemudiannya wafat di Makkah, kota umat Islam yang mulia pada waktu subuh hari Juma'at yang mulia, 22 Ramadhan 1404H atau bersamaan 22 Jun 1984M..

masya Allah, tabarakallah..
Sebagaimana abangnya yang sulung, Tuan Guru Haji Ahmad Tok Kenali, demikian halnya juga Tuan Guru Sheikh Muhammad Salleh, iaitu kedua-duanya mendapat pendidikan langsung dan keberkatan ilmu daripada ayahnya, Tuan Guru Tok Kenali di Kelantan Darul Naim..
Tuan Guru Sheikh Muhammad Salleh Tok Kenali kemudiannya melanjutkan pelajarannya di Makkah, kota yang mulia selama lebih 20 tahun..

Beliau mempelajari ilmu agama Islam yang diredhai dengan ramai ulama', iaitu para ulama' yang berbangsa arab, dan para ulama' yang berasal dari tanah melayu..

Menurut kebanyakan riwayat, sebelumnya (yakni Tuan Guru Sheikh Muhammad Salleh) berhijrah ke Makkah, kota yang mulia, beliau telah menguasai kebanyakan bidang ilmu, baik ilmu yang diperolehi daripada ayahnya, Tuan Guru Tok Kenali, mahupun daripada para ulama' Kelantan dan juga selain dari ayahnya..
masya Allah, tabarakallah..
Tuan Guru Sheikh Muhammad Salleh Tok Kenali adalah termasuk di dalam salah seorang yang rajin belajar, rajin mencatat sesuatu pelajaran, dan kemudiannya beliau akan segera menghafalnya..

masya Allah, tabarakallah..
dan, setiap yang dihafalnya, akan segera beliau sebarkan (yakni mengajar hamba Allah yang lainnya)..

masya Allah, tabarakallah..
Di dalam penyebaran ilmunya, Tuan Guru Sheikh Muhammad Salleh ada tercatat pernah mengajar di Masjidil al-Haram, Makkah..

masya Allah, tabarakallah..

Beliau juga merupakan pengasas kepada Dar al-Islah, sebuah institusi pendidikan dan sentiasa mencurahkan ilmu dan amal di sana tanpa jemu..

masya Allah, tabarakallah..
maka, sedikit perkongsian dan pengenalan "tuan kepada kitab ini", Tuan Guru Sheikh Muhammad Salleh Tok Kenali..
insya Allah, andai diizinkan Allah Subhanahu wa Ta'ala, kitab yang mulia ini pula akan dikongsi bersama di sini, insya Allah..

wallahua'lam, segala-galanya di dalam pengetahuan Allah Subhanahu wa Ta'ala..

"ya Allah, golongkanlah aku di kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh, amin ya Rabb"

3 comments:

  1. Salam syeikh.. Kalau nk dpat kitab nie di mana ya.. Terinign nk ada kitab nie..

    ReplyDelete
  2. salam tuan...saya pon berminat nak dapatkan buku ni. dimana saya boleh dapatkan?

    ReplyDelete
  3. berminat kitab ini...sapa2 ada sy nak photostat

    ReplyDelete

~ Muhasabah ~