09 February 2011

catatan perjalanan : pengalaman hari pertama di Jabatan Ortopedik


alhamdulillah..(^_^)

Selesai sahaja cuti yang diberikan, 
jasad yang hina ini terus ke medan perjuangan,
walaupun penat jauhnya perjalanan,
namun ia adalah ni'mat memburu keredhaan..(^_^)

wallahua'lam..

4 Rabiul Awwal 1432H bersamaan 7 Februari 2011M, adalah merupakan hari pertama jasad ini di Jabatan Ortopedik di sebuah hospital..

alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..(^_^)

Pengalaman kehidupan di hari pertama itu, alhamdulillah, memang banyak..segalanya kurniaan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala..

namun, apa yang ambo ingin kongsikan adalah suatu perbualan atau "hiwar" yang berlaku ketika "ta'aruf" atau perkenalan dengan "bos di sana"..

dari "bos" : "ok, mula-mula saya nak kenal dulu siapa kamu semua ni, jadi mulakan dari sebelah kanan ni"..

kebetulan, ambo yang paling kanan, maka ambo mulakan bicara perkenalan dahulu..

dari ambo : "assalammualaikum........."

dari "bos" : "ustaz ke ni, memang betullah, start dengan bagi salam, kemudian nama?"

ambo ketika itu berasa hairan, apakah yang memberi salam hanyalah manusia yang bergelar "ustaz" sahaja? (T__T) wallahua'lam..

sesungguhnya..

apabila beriman kepada Allah tidak didahulukan,
apabila Islam tidak diutamakan,
maka ni'mat dunia adakan didahulukan,
kehendak nafsu yang diutamakan..

(T__T) astaghfirullah..

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

(yang bermaksud) : "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik."

(surah al-Ankabut, ayat 69)

wallahua'lam..

sesungguhnya, hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala yang sebenar-benarnya adalah hamba yang sentiasa mengingati-Nya, sentiasa berusaha melangkah di atas jalan keredhaan-Nya, sentiasa berusaha mencintai-Nya..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

sesungguhnya, hati manusia yang memulakan bicaranya, yang memulakan perbuatannya atau seumpama dengannya iaitu dengan mengungkapkan kalimah-kalimah yang mana menyebabkab hati terikat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, maka hati sebegini, insya Allah akan sentiasa terpelihara di dalam nur Iman dan nur Islam, amin ya rabbi..

maka, biasakanlah lidah, biasakanlah hati, apabila ingin berbuat sesuatu, atau mahu lafaz sesuatu, sentiasalah mulakan dengan kalimah "wallahua'lam", "alhamdulillah", "subhanallah", "Allahuakbar", atau seumpama dengannya, insya Allah..

kalimah-kalimah agung itu akan melembutkan hati dan mengingatkan hati kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..(T__T) 

insya Allah, wallahua'lam..(T__T)

wallahua'lam..

alhamdulillah..

ambo juga ingin berkongsi suatu "peristiwa" yang mengingatkan ambo kepada "kedudukan hati yang boleh berubah-ubah"..astaghfirullah..(T__T)

selepas sahaja "ta'aruf" itu, atau "perkenalan yang umum" itu, maka "bos" membawa ambo serta saudara dan teman yang lain untuk mengenali setiap sudut dan bahagian di Jabatan Ortopedik yang disediakan disitu..

maka, salah satu bahagian di Jabatan Ortopedik adalah "OOT" atau "Orthopedic Operation Theater", di mana di sinilah berlakunya beberapa "pembedahan" yang melibatkan tulang, sama ada yang datang dalam keadaan patah, keadaan berpenyakit atau seumpama dengannya..

Apa yang ambo ingin kongsikan adalah, apabila ingin memasuki bahagian ini iaitu OOT, maka di syarat "WAJIB" untuk menukar pakaian yang dipakai itu dengan pakaian yang disediakan yakni yang lebih "steril" atau dengan kata lain, yang lebih bersih dari segala bakteria..

maka..di sinilah ambo lihat, bagaimana "berubahnya hati untuk terus teguh dengan beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala"..astaghfirullah..

seorang wanita yang pada awalnya memakai elok tudungnya, tetapi kemudiannya di OOT, mungkin dia "terpaksa" membukanya untuk "mengikuti setiap peraturan"..

wallahua'lam..(T__T)

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (yang bermaksud) :

"wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama-sama orang-orang yang benar."

(surah at-Taubah, ayat 119)

wallahua'lam..(T__T) astaghfirullah..

dan..

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (yang bermaksud) :

"wahai orang-orang yang beriman! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)"

(surah al-Imran, ayat 200)

wallahua'lam..(T__T)

husnuzon, bersangka baik ambo padanya, "mungkin dia tidak tahu, dia perlu pertahankan nur Iman yang ada padanya"..wallahua'lam..

sesungguhnya, untuk mempraktikkan Islam dan Iman di ketika ini adalah sukar, namun kesukaran itu andai diatasi dengan sabar dan teguh beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, insya Allah, Allah akan memberi pertolongan, amin ya rabbi..(T__T)


wallahua'lam..(T__T)

pengalaman hari pertama ini,
mengajarku erti ketabahan,
bagaimana mahu mempertahankan nur Ilahi,
ia bermulanya hati yang beriman..(T__T)

wallahua'lam..

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (yang bermaksud) :

"(iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : "sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali""

(surah al-Baqarah, ayat 156)

wallahua'lam..

insya Allah, "AKU BERJANJI AKAN MEMPERTAHANKAN NUR IMAN DAN NUR ISLAM INI SEKALIPUN NYAWA AKU DIANCAM, SESUNGGUHNYA AKU MAHU KEMBALI KEPADA ALLAH DI DALAM KEREDHAAN-NYA"

wallahua'lam..


No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~