Bismillahi rahmani rahim..
alhamdulillah..(^_^)
Sesungguhnya ilmu itu adalah makanan pada minda, makanan pada hati, makanan pada jiwa, makanan pada jasad..wallahua'lam..
andai tersilap atau tersalah makanan itu, maka rosaklah minda, rosaklah hati, rosaklah jiwa, rosaklah jasad..astaghfirullah, wal iyya dzubillah..
maka, ambillah makanan itu dari "pakarnya", agar makanan itu adalah makanan yang baik dan sesuai untuk minda, hati, jiwa dan jasad, insya Allah, wallahua'lam..
ambo, insan yang hina dan teramat hina ini pernah mendengar dari seorang guru tentang sebuah hadits yang shahih :
وإنما العلم بالتعلم
(yang bermaksud) : "dan ilmu itu (didapati) dengan ta'allum (dipelajari dari guru)"
wallahua'lam..(T__T)
siapakah guru yang sewajarnya, yang sebaiknya?
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (yang bermaksud) :
"Maka hendaklah kamu bertanya kepada orang-orang yang mengetahui sekiranya kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Nahl, ayat 43)..wallahua'lam..
dan..
Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (yang bermaksud) :
"Sesungguhnya ulama' itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna"
(Hadits riwayat Imam Ahmad, Imam Tirmidzi, Imam Abu Dawud, dan Imam Ibnu Majah)..wallahua'lam..
astaghfirullah..(T__T)
subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)
maka, berusahalah mencari ilmu Iman dan Islam terutama untuk mengenal pencipta kita Yang Maha Agung, Allah Subhanahu wa Ta'ala melalui guru yang ahlinya, insya Allah..
di sini, suka ambo untuk berkongsi kisah kepulangan ambo ke kampung halaman kali ini kerana ia membawa hati, jiwa dan jasad ambo bertaut kembali dengan Iman yang sejati dan mengenal Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan lebih terkesan pada hati yang semakin sunyi ini, jiwa yang semakin lesu ini, jasad yang semakin letih ini, astagfirullah..
alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..(^_^)
kepulangan ke kampung halaman kali ini amat bermakna pada hati, jiwa dan jasad, alhamdulillah..di mana, hati ini amat kesunyian, jiwa ini amat kelesuan, jasad ini amat keletihan, kerana semakin jauh ia dari ilmu dan amal Iman dan Islam, astaghfirullah..(T__T)
namun berita dari ayahku amat mengembirakan kepada hati yang sunyi, jiwa yang lesu, jasad yang letih ini agar dapat kembali menjadi tenang, segar dan tabah kembali, insya Allah..
dari ayahku, " abang, malam ini (hari Rabu malam khamis) ada pengajian kitab di Masjid Jamek Salor (gambar di atas)"
ambo, "kitab apa ayah? siapa yang sampaikannya?"
dari ayahku, "kitab Faridatul faraid, Ustaz Aziz yang sampaikannya, malam ini baru mula kat sana, rasanya malam ini pasal kulit sahaja"..
ambo, "alhamdulillah, bagus tu, baru kulit, kena pergi tu"
alhamdulillah, lalu ambo bersama ayah terus mencari kitab Faridatul Faraid di Jaafar Rawas di bandar Kota Bharu untuk talaqqi kitab itu pada malam itu juga yakni hari Rabu malam khamis, alhamdulillah..
iklan : "cantik muka kitab faridatul faraid kali ini, warna pink..(^_^) bersamalah kita belajar ya untuk mengenal Allah Subhanahu wa Ta'ala"
alhamdulillah, wallahua'lam..(^_^)
Pada hari Rabu malam khamis yang lepas iaitu, 28 Safar 1432H / 2 Februari 2011M, seorang guru yang insya Allah adalah ahlinya, al-Fadhil Ustaz Abdul Aziz Abdul Rahman telah menyampaikan huraian kitab Faridatul Faraid, kitab pengajian aqidah yang benar Umat Islam di sebuah masjid di dalam Jajahan Pasir Mas, Kelantan Darul Naim, iaitu Masjid Jamek Salor..insya Allah, alhamdulillah, wallahua'lam..(^_^)
Pada malam itu, al-Fadhil Ustaz Aziz hanya menghuraikan halaman kulit kitab sahaja..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(^_^)
alhamdulillah, walaupun "hanya" menghuraikan halaman kulit sahaja, namun "mutiara ilmu" dari lidahnya amat bermakna dan terkesan kepada hati, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala telah memuliakannya dengan anugerah yang bernilai, insya Allah, amin ya rabbi..wallahua'lam..
ambo mulakan bicara dari jari yang hina ini dengan menulis kembali setiap ayat yang disusun pada halaman kulitnya itu, iaitu :
"ini risalah yang amat kecil yang dinamakan dia dengan FARIDATUL FARAID FII ILMIL AQO'ID"
subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T_T)
begitu tawadhu' seorang hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala ini iaitu penulis dan pengarang kitab ini sehingga mengatakan kitab yang terkandung di dalamnya isi-isi yang amat mulia isinya dengan "risalah yang amat kecil"..iaitu merujuk kepada beberapa helai kertas yang biasa sahaja..
dan, sesungguhnya bagiku, kitab ini adalah suatu kitab yang amat mahal isinya yang mana apabila difahami isinya, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar, ia akan membawa hati, jiwa dan jasad untuk mengenali Allah dengan lebih hampir dan seterusnya beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan sesungguhnya segalanya dengan keizinan-Nya, wallahua'lam..
ambo yang hina dan teramat hina ini juga ingin berkongsi sedikit mengenai makna atau erti "nama" kitabnya yakni kitab Faridatul Faraid secara umum, insya Allah, wallahua'lam..
Faridatul Faraid adalah merujuk kepada "satu mutiara daripada banyak mutiara"..
subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..
sesungguhnya makna yang tersirat di sebalik makna yang agung itu adalah, ibarat seperti di dasar lautan yang amat luas, terdapatnya banyak mutiara yang indah dan cantik, maka di antara banyaknya itu, ada satu mutiara yang amat indah dan cantik, maka itulah yang dimaksudkannya, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)
Faridatul faraid juga adalah merujuk kepada "satu juzuk emas daripada seketul emas"
subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..
sesungguhnya besarnya ia yakni besarnya nilai makna itu, iaitu ibarat ketulan emas yang besar, maka di antara itu ada satu juzuk yang indah, yang keras, yang cantik, yang asli, yang tulen, subhanallah, maka itulah yang dimaksudkannya, subnallah, alhamdulillah, Allahuakbar..
Faridatul Faraid juga adalah merujuk kepada "nombor satu daripada sekalian nombor satu"
subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)
apakah maknanya yang tersirat itu?
sesungguhnya tidak terniat di hatiku untuk mengagungkan kitab ini melebihi kitab yang lain terutama Al-Quran, mukjizat yang agung kepada Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam..
tetapi, kitab Faridatul Faraid ini adalah penulisan dan susunan dari seorang hamba Allah yang amat mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala..
di mana, beliau ini telah mengambil setiap ilmu dan isi-isi penulisan yang UTAMA dari kitab-kitab yang lain, dan kemudiannya di susunkan di dalam suatu kitabnya untuk memudahkan umat Islam terutama kita di akhir zaman ini untuk mengenal Allah Subhanahu wa Ta'ala dan seterusnya beriman sepenuhnya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..
maka, inilah maknanya iaitu "nombor satu daripada sekalian nombor satu"..dimana kitab-kitab lain adalah nombor satu, maka di ambil setiap nombor satu itu yakni pada isi-isi yang utamanya, yang amat penting, kemudian di susun dan di hurai di dalam kitab ini untuk MEMUDAHKAN PENGAJIAN UMAT ISLAM terutama kita di akhir zaman yang dipenuhi pelbagai fitnah, maksiat dan zina ini, astaghfirullah, wal iyya dzubillah..(T__T)
wallahua'lam..(^_^)
sambungan susunan ayat yang indah dari halaman kulit kitab adalah,
"pada bicara ilmu tauhid yaitu ilmu usuluddin..."
pada permulaannya di atas, kitab Faridatul Faraid adalah merujuk kepada untuk membicarakan ilmu aqo'id..
maka, apakah lain ilmu aqo'id, ilmu tauhid, ilmu usuluddin ini?
secara umumnya, "nama" ini adalah sama sahaja tujuannya iaitu untuk mengenal Allah Subhanahu wa Ta'ala dan seterusnya beriman dengan yakin iaitu mengikat hati kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala yakni menjadi hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala yang mukmin..
secara khususnya, sila mencari guru yang ahlinya, insya Allah, kalian akan memahami maknanya yang lebih bernilai dan lebih mahal daripada apa yang difahami secara umum..
sesungguhnya orang yang makan nasi kemudian dia belajar bagaimana mahu memasak nasi, maka orang ini lebih memahami tentang makanan nasinya, sedikit kiasan dari insan untuk pemahaman bersama, insya Allah, wallahua'lam..
wallahua'lam..(^_^)
sambungan susunan ayat yang indah dari halaman kulit kitab adalah,
"....atas mazhab Imam Asya'ari...."
apakah itu mazhab Imam Asya'ari?
Mazhab Imam Asya'ari adalah diasaskan oleh seorang Imam iaitu yang lebih dikenali dengan nama Abul Hasan al-Asya'ari..nama penuhnya adalah Ali bin Ismail bin Abu Basyar, Ishak bin Salim bin Ismail bin Abu Musa al-Asya'ari..
sesungguhnya beliau adalah berasal dari keturunan seorang sahabat Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, iaitu, Sayyidina Abu Musa al-Asya'ari..
Beliau dilahirkan di bandar Basrah pada tahun 260H (mengikut pendapat kebanyakan ulama') dan meninggal bandar Baghdad pada tahun 324H (mengikut pendapat kebanyakan ulama')..
maka, sesungguhnya Imam Abul Hasan al-Asya'ari ini merupakan salah seorang ulama' as-Salaf iaitu yang merupakan ulama' Ahlul Sunnah wal Jama'ah yang kehidupannya pada 300 tahun hijriyyah yang pertama, dan golongan umat Islam yang berada di dalam tempoh ini adalah di jamin oleh Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam sebagai hamba Allah yang benar dan beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..wallahua'lam..
subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)
sambungan susunan ayat yang indah dari halaman kulit kitab adalah,
'...terhimpun padanya beberapa banyak aqidah dan beberapa banyak masalah."
sesungguhnya di dalam kitab Faridatul Faraid ini dibawa juga contoh-contah dan permasalahan yang timbul di dalam pengajian aqidah, dan hanya satu sahaja aqidah yang benar iaitu yang diredha Allah Subhanahu wa Ta'ala..
apakah itu? insya Allah, sila cari guru yang ahlinya, kalian akan menemuinya dan memahaminya, wallahua'lam..
sambungan susunan ayat yang indah dari halaman kulit kitab adalah,
"himpunan hamba yang sangat harap daripada Allah Ta'ala akan taufiq dan hidayah. Dan bahawa dimudahkan baginya segala yang payah"
subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)
sungguh tawadhu' penulis atau pengarang atau penyusun kitab ini sehingga hatinya, jiwanya, jasadnya sentiasa terjalin dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala..
begitulah hamba Allah yang apabila dimuliakan Allah Subhanahu wa Ta'ala, hatinya akan sentiasa tunduk kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)
wallahua'lam..
siapakah pengarang, penulis, penyusun kitab yang mulia ini?
beliau adalah al-Allamah Syeikh Tuan Guru Ahmad bin Muhammad Zin bin Mustafa bin Muhammad al-Fathoni..
subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)
siapakah beliau sebenarnya? wallahua'lam..ambo bukanlah selayaknya untuk menceritakan insan yang mulia ini, silalah bertanya kepada guru yang ahlinya..insya Allah..wallahua'lam..
maka, demikian sahaja sedikit perkongsian ilmu dari hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala yang hina dan teramat hina ini, wallahua'lam..
"semoga Allah bersama kita semua dengan Iman dan Islam, amin ya rabbi"..wallahua'lam..
Al-Allamah Tuan Guru Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zin Mustafa Al-Fathoni.
Dikutip Dari: http://www.2lisan.com/read/allamah+syeikh+ahmad+al+fathoni,+organisasi+dan+politik
Dikutip Dari: http://www.2lisan.com/read/allamah+syeikh+ahmad+al+fathoni,+organisasi+dan+politik
Al-Allamah Tuan Guru Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zin Mustafa Al-Fathoni.
Dikutip Dari: http://www.2lisan.com/read/allamah+syeikh+ahmad+al+fathoni,+organisasi+dan+politik
Dikutip Dari: http://www.2lisan.com/read/allamah+syeikh+ahmad+al+fathoni,+organisasi+dan+politik
Al-Allamah Tuan Guru Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zin Mustafa Al-Fathoni.
Dikutip Dari: http://www.2lisan.com/read/allamah+syeikh+ahmad+al+fathoni,+organisasi+dan+politik
Dikutip Dari: http://www.2lisan.com/read/allamah+syeikh+ahmad+al+fathoni,+organisasi+dan+politik
tok guru,... tengah tunggu nak nadah kitab ni,..dari anak muridmu yg faqir (T_T)
ReplyDelete