astaghfirullah..(T__T)
daripada Sayyidina Anas Radhiyallahu 'anhu, Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (yang bermaksud) :
"Siapapun berkata : "tiada yang hak untuk disembah selain Allah" dan hatinya memiliki keimanan setara berat dari suatu butir barli bakal jadilah terambil keluar dari neraka. dan siapa saja berkata : "tiada yang hak untuk disembah selain Allah" dan hatinya memiliki keimanan setara berat dari suatu butir gandum bakal jadilah terambil keluar dari neraka. dan siapa saja berkata : "Tiada yang hak untuk disembah selain Allah" dan hatinya memiliki keimanan setara berat dari atom bakal jadilah terambil keluar dari neraka"
(hadits riwayat Imam Bukhari)..wallahua'lam..
sesungguhnya di dalam majlis tahlil itu dilafazkan ia yakni kalimah tauhid, iaitu Allah Subhanahu wa Ta'ala, Tuhan Yang Maha Esa..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)
alhamdulillah..(^_^)
keluarga "besar" di sebelah ayah ambo telah melaksanakan majlis tahlil di rumah arwah datuk dan arwah nenek (gambar diatas)..
sesungguhnya dengan mengadakan majlis tahlil ini, maka seluruh ahli keluarga "besar" pulang ke kampung halaman di sebelah ayah ini, maka dapatlah bertemu dengan semua ahli, alhamdulillah..(^_^)
alhamdulillah, banyak perkara yang dikongsi bersama, banyak ilmu dan pengetahuan di kongsi bersama, dari sesuatu yang tidak tahu kepada menjadi tahu, alhamdulillah, segalanya dengan keizinan Allah Subhanahu wa Ta'ala..
walaupun sudah lama tidak bersua,
tetapi ikatan persaudaraan masih terasa,
banyak kisah yang dikongsi bersama,
mengeratkan tali persaudaraan yang sedia ada..(^_^)
alhamdulillah..(^_^)
sesungguhnya majlis tahlil ini adalah sesuatu amal ibadah yang seharusnya di lakukan..
Hal ini sesungguhnya dapat melembutkan hati dengan mengingati bahawa diri akan kembali jua yakni akan mati jua..Hal ini sesungguhnya dapat mengeratkan perhubungan sesama muslim..Hal ini sesungguhnya dapat menyampaikan da'wah Islamiyyah di antara ahli keluarga..
alhamdulillah..wallahua'lam..(^_^)
andai ia di katakan bida'ah, maka ukur pula apakah ia bida'ah yang haram? atau adakah ia suatu sunnah iaitu sunnah taqririyyah?
wallahua'lam..sesungguhnya ilmu Iman dan Islam itu perlu dipelajari dengan ahli, bukannya belajar secara sendiri..
ambo yang hina dan teramat hina ini pernah diberitahu oleh seorang guru tentang suatu hadits, iaitu,
dari Asim bin Kulin, daripada seorang sahabat Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, iaitu seorang lelaki Ansar, berkata (yang bermaksud) :
"keluar kami serta Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pada suatu jenazah, maka melihat aku akan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam di atas kubur sedang berpesan akan yang menggali kubur, perluas olehmu akan pihak kaki, perluas olehmu daripada pihak kepalanya. Maka tatkala kembali daripada kubur itu, berhadap akan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam oleh orang yang menjemput daripada pihak perempuan si mati itu, yakni isteri si mati itu. Maka datang Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan didatang dengan makanan, maka dihantar dihadapan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan menghantar oleh Sahabat maka makan oleh mereka itu. Dan Rasulullah makan akan satu suap"
maka, sesungguhnya Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam tidak melarangnya, bahkan Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam melakukannya..
wallahua'lam..
sesungguhnya di dalam Majlis tahlil itu adanya lafaz-lafaz zikir untuk melembutkan hati iaitu sentiasa mengingati Allah Subhanahu wa Ta'ala..
kemudian adanya bacaan surah-surah yang padanya adanya nilai yang amat mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala..
kemudian adanya doa yang padanya adanya nilai yang amat agung di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala..
kemudian adanya sedikit makanan yang mana untuk menjamu hadirin yang datang yakni tetamu..
Dari Sayyidina Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, katanya (yang bermaksud) :
"Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : "sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam"
(Hadits riwayat Imam Muslim)..wallahua'lam..
maka, menyediakan sedikit sebanyak makanan kepada tetamu adalah sesuatu amal ibadah yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala..
maka, ia adalah suatu sunnah, dan ia bukan bida'ah..(^_^)
wallahua'lam..
maka, marilah bersama-sama kita melafazkan dilidah dengan alunan zikrullah, alunan kalimah tauhid agar hati kita sentiasa mengingati Allah Subhanahu wa Ta'ala, Tuhan Yang Maha Esa..
marilah bersama-sama juga kita memuliakan tetamu, memuliakan saudara seIslam, sesungguhnya setiap pertolongan kita itu kepada hamba-Nya akan adanya ganjaran yang hebat dan Allah Subhanahu wa Ta'ala, Tuhan Yang Maha Mengetahui..
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (yang bermaksud) :
"Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya"
(Surah al-Muzzammil, ayat 20)
wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment