09 February 2011

kisah kehidupan : Majlis Maulidur Rasul di Masjid "Tuan Guru Haji Ismail bin Salleh"..(T_T)


wallahua'lam..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

sebenarnya, tajuk post ini sudah lama di "simpan"..namun "kelalaian hati" di dalam menyiapkannya, ditambahkan pula "nafsu menguasai jiwa", menyebabkan ia lambat untuk disiapkan..astaghfirullah..

sedih terasa dihati,
melambatkan post ini,
tidak terniat untuk jadi begini,
kera hati ingin keredhaan ilahi..(T__T)

astaghfirullah..

bulan yang mulia,
lahirnya seorang penghulu manusia,
Sayyiduna Nabi Muhammad namanya,
Rabiul awal bulan kelahirannya..(T__T)

wallahua'lam..

alhamdulillah..

cuti sempena Tahun Baru Cina yang lalu, Allah Subhanahu wa Ta'ala mengurniakan hidayah dan taufiq kepada hamba-Nya yang hina ini untuk pulang ke kampung halaman dan bertemu dengan dua hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala yang mana dimuliakan Allah menjadi "asbab" kelahiranku..(T__T)

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

Jasad yang hina ini sampai sahaja di kampung halaman, ambo diberitahu oleh ayah, "abang, hari Jumaat ini, malamnya ada kuliah Maulidur Rasul dan bacaan selawat kepada Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam di masjid kita"..

syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana menggolongkan insan yang hina dan teramat hina ini di dalam kalangan hamba-Nya yang memuliakan kekasih-Nya, ya habibi Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam..

astaghfirullah..(T__T)

wallahua'lam..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

alhamdulillah..maka tibalah hari Jumaat, penghulu segala hari, subhanallah..malamnya itu, selepas sahaja selesai solah fardhu Magrib, maka datuk Saudaraku menyampaikan kuliahnya..

perancangan awalnya adalah seorang tuan guru dari kalangan ahlul sufi akan memberi kuliah malam itu, iaitu keturunan Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal..

namun, "aturan Allah Subhanahu wa Ta'ala itu adalah lebih tersusun dan Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui, Allah Tuhan Yang Maha Bijaksana"..

Tuan Guru itu terperangkat di dalam kesibukan lalu lintas di kawasan Machang, maka datuk saudara ambo mengantikannya, alhamdulillah..sesungguhnya setiap kalimah dan susunan ayat yang datang dari hamba-Nya yang berilmu dan beramal akan meninggalkan kesannya kepada hati untuk mengalunkannya dan seterusnya mengingatinya dan seterusnya beramal dengannya..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

selesai sahaja kuliahnya, maka ayah ambo mengalunkan azan untuk waktunya solah fardhu isya' dan seterusnya iqomah, dan datuk saudara ambo mengimaminya, alhamdulillah..(T__T)

maka, setelah selesai solah fardhu isya, dan selesai zikir dan berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, serta solah sunat rawatib yakni solah sunat ba'diah isya'..

maka, bermulalah alunan selawat buat ya habibi Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam..

(T__T)

rindunya aku padamu,
sesungguhnya teringin aku untuk bertemumu,
ya habibi Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam rasulku,
golongkanlah aku bersamamu..(T__T)




No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~