subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)
Pada hari sabtu yang lalu, tidak ku sangka, akhirnya aku kembali semula ke sekolahku dahulu, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Ma'ahad Muhammadi Lilbanin (Lelaki), Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelanatan Darul Naim..
Apa yang terlintas di hati pada pagi hari sabtu itu hanyalah ingin menziarahi seorang tuan guru pondok, dan tidak terlintas pun di hati ini untuk ke tempat selainnya, jauh sekali ke sekolahku dahulu itu..
Pada petang sabtu itu, aku bersama dua ilmuan, al-Fadhil al-Alim Ustaz Sayyidi Faez Al 'Aydrus dan al-Fadhil Ustaz Shahrul Nizam bergerak ke sebuah pondok untuk menziarahi dan menemui seorang Tuan Guru pondok..
alhamdulillah, dengan ni'mat hidayah dan taufiq dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, kami bertiga sampai jua di sebuah pondok yang ingin ditujui..namun sedih aku terasa di hati, Tuan Guru tiada di rumahnya..maka, kami bertiga bertolak pulang ke kediaman..
Ketika kami bertiga di dalam perjalanan pulang itu, tiba-tiba Ustaz Faez berkata, "boleh ke kalau kita pergi sekolah Ma'ahad, kat sana ada majlis maulidur rasul di masjidnya, rindu rasanya nak jumpa adik-adik dan ustaz kat sana"..
ketika itu, aku yang memandu kereta hanya tersenyum dan berkata, "alhamdulillah, insya Allah, jom kita pergi, kita Solah Fardhu Maghrib di sana sahajalah, sebelum tu, awal lagi ni, perut pun lapar"..
Ustaz Faez berkata, "kita makan kat kedai makan kat Masjid Muhammadi sahajalah dulu, kemudian kita solah di sekolah Ma'ahad"..
maka, aku terus sahaja memandu kereta ini ke kedai makan terlebih dahulu..alhamdulillah, Ustaz Faez, walau dimana berbual dengannya, ia pasti tidak segan untuk menabur benih ilmu Iman dan Islam..begitulah yang berlaku di Kedai Makan, begitu banyak benih ilmu yang ditaburnya, Ustaz Shahrul pula kadang-kadang mencelah, ayat yang disusunnya walaupun mencelah tetapi penuh dengan kerendahan hati..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..
Setelah selesai makan, kami bertiga terus bergerak ke Sekolah Menengah Ugama (Arab) Ma'ahad Muhammadi Lilbanin..
Apabila melintasi pintu pagar sekolah itu, tiba-tiba terasa suatu perasaan yang rindu akan sekolah yang pernah mengajarku erti Iman dan Islam..
Alhamdulillah, sekolah ini yang menjadi saksi bagaimana kehidupan seorang hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala yang hina ini begitu jahil untuk merangkap di sini, pelbagai kes disiplin yang dilalui di sini, astaghfirullah..dan ia mengajarku erti pengalaman yang perlu dijadikan pedoman untuk terus bermuhasabah diri dan berusaha untuk istiqomah di dalam bertaubat kepada Allah dan kembali ke arah keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala, insya Allah, amin ya Rabb..
Alhamdulillah..aku bersama 2 ilmuan terus menuju ke sebuah masjid yang pernah menjadi tempat solahku, tempat pengajianku pada suatu ketika dahulu..perasaan seperti "rasa tak percaya" sahaja apabila jasad sudah berada di sekolahku dahulu ini, sebelum ini hanyalah niat di hati, namun tidak pernah terfikir untuk menjejak kaki di sini..
subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui..(T__T)
Apabila tiba di masjid itu, ahli jemaah sudah pun selesai solah Fardhu Maghrib, kami bertiga terus naik ke tingkat atasnya untuk melakukan jemaah yang lain..alhamdulillah, insya Allah, wallahua'lam..
Setelah selesai Solah Fardhu Maghrib, tiba-tiba telingaku terdengar alunan suara zikir dan selawat yang menusuk hati ini..sungguh indah susunan dan alunan zikir dan selawat yang dialunkan oleh adik-adik pelajar sekolah Ma'ahad bersama para ustaz yang hadir..Hatiku begitu tersentuh apabila terpandang akan setiap jasad yang memutih dengan jubah dan serban dari tingkat atas, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)
astaghfirullah..(T__T) subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..
"Allahumma Shalli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa Sohbihi wa Sallam.."
(yang bermaksud) : "Ya Allah kurniakanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami, Sayyidina Muhammad (Shallallahu 'alaihi wa Sallam) serta ahli keluarga dan para sahabat baginda (Shallallahu 'alaihi wa Sallam)"
wallahua'lam, amin ya Rabb..(T__T)
berkata Ustaz Faez, "jom kita ke bawah, kita berzikir dan berselawat bersama adik-adik"..
aku menurutnya bersama Ustaz Shahrul..
alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..
indahnya alunan zikir yang dialunkan,
indahnya alunan selawat yang diluahkan,
meriahnya majlis yang di aturkan,
membawa hati tenang bersama kalian..(T__T)
sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Kuasa, sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui..
daripada hati dan minda yang tidak terasa dan tidak terfikir untuk hadir ke sekolah Ma'ahad itu, tiba-tiba Allah hadirkan nur Hidayah serta taufiq untuk hati, jiwa dan jasad si hina ini hadir ke majlis yang insya Allah dikurniakan rahmat oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala...amin ya Rabb..wallahua'lam..
dan, akhirnya, dipendekkan kisahnya, terima kasih untuk adik-adik serta para ustaz yang mengalu-alukan kehadiran si hina ini ke dalam majlis kalian, semoga Allah bersama kalian dengan Iman dan Islam, amin ya Rabb..
No comments:
Post a Comment