alhamdulillah..(^_^)
Selepas solah fardhu subuh, kebiasaannya ayahku akan terus iktikaf di dalam masjid sehinggalah dia melakukan solah sunat dhuha kira-kira pukul 7.30 pagi atau 7.45 pagi..
Sememangnya, waktu itu adalah waktunya bersama Allah Subhanahu wa Ta'ala..
subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)
"aku tidak berniat untuk mengagungkan ayahku, namun aku memuji istiqomahnya dia untuk terus beramal ibadah kepada Allah sehingga melebihkan ia dari segala hal keduniaan, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar"..
wallahua'lam..
Pada pagi itu iaitu pagi 28 Safar 1432H bersamaan 2 Februari 2011M, keletihan memandu dari Ipoh dan sampai pukul 3 pagi itu masih terasa..
Selesai sahaja zikir dan doa selepas solah fardhu Subuh, terus sahaja ambo pulang ke rumah dan menyambung tidur kembali..astaghfirullah..(T__T)
"ya Allah, ampunkan dosaku ya Allah, amin"..
Kira-kira pukul 8 pagi, ambo dikejutkan oleh seorang rakan yang menumpang tidur di situ dan akan pulang ke Kuala Terengganu kira-kira pukul 10 pagi..Maka, terus sahaja ambo bersiap dan menghantar dia ke Stesyen Bas..
alhamdulillah..Selesai sahaja menghantar rakan itu, terus sahaja ambo pulang ke rumah..wallahua'lam..
sampai sahaja di rumah, ayahku berkata, "abang, temankan ayah ke Rantau Panjang, ayah ada urusan di sana"..
di saat itu, keletihan dan keadaan mengantuk masih terasa di minda, hati dan jasad, namun aku teringat pada suatu hadits iaitu,
Dari Sayyidina Abdullah bin Umar Radhiyallahu 'anhu berkata, seorang telah datang kepada Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan berkata (yang bermaksud) : "Saya ingin berjihad (perang fisabilillah)". Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam bertanya (yang bermaksud) : "apakah kedua ibu bapamu masih hidup?". jawab seorang itu (yang bermaksud) : "ya kedua-duanya". Sabda Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam (yang bermaksud) : "di dalam melayaninya adalah berjihad"
wallahua'lam..astaghfirullah..(T__T)
Hadits ini menunjukkan bahawa taat dan melayani kedua ibu bapa adalah lebih besar daripada "hal selainnya" yakni selepas taat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T) wallahua'lam..
Selepas itu, ambo terus sahaja bersiap dan menemani ayah untuk ke Rantau Panjang, Kelantan Darul Naim..sememangnya ambo mengetahui keadaan ayah yang semakin kurang sihat di segi zahirnya, sering sahaja sakit, maka menjadi tanggungjawab dan amanah sebagai anak sulung dan lelaki pula untuk memahaminya dan menjaganya, insya Allah, wallahua'lam..
alhamdulillah, pukul 11 pagi, ambo memandu bersama ayah ke Rantau Panjang..(^_^)
Di sepanjang perjalanan itu, banyak perkara yang dikongsi bersama, sama ada kisah, ilmu, pengalaman dan pengetahuan yang dikongsi bersama..(^_^) alhamdulillah..
kira-kira pukul 12 tengah hari, kereta yang dipandu melalui kawasan yang mana terdapatnya Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP), terus sahaja ambo membuka cermin kereta dan memberi salam..
alhamdulillah..(^_^)
alhamdulillah..(^_^)
Di Rantau Panjang, ambo menemani ayah untuk menyelesaikan urusannya, alhamdulillah..(^_^)
Walaupun dia sakit, dia tetap berjalan seperti biasa..mungkin dia sembunyikan kesakitan itu untuk menceriakan orang di sekelilingnya..(T__T) namun dia tak mampu menyembunyikan ia dari anaknya, semuanya dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala..
"ya Allah, aku bersyukur pada-Mu kerana masih memberi peluang dan kesempatan kepadaku untuk berbakti kepada seorang hamba-Mu yang bergelar ayah kepadaku, amin ya rabbi"..(T__T)
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (yang bermaksud) :
"Ya Tuhan, kasihanilah kedua ibu-bapaku sebagaimana keduanya telah memeliharaku di masa kecil"
(surah al-Isra', ayat 24)
wallahua'lam..
subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)
Selepas selesai urusan di Rantau Panjang, ambo memandu kereta bersama ayah untuk pulang..di pertengahan perjalanan pulang itu, ayah berkata, "kita singgah di kedai makan di sebelah masjid cina tu, kat sana sedap 'pengat jagung'"..ambo menjawab, "boleh juga tu ayah"..
dari Kedai makan itu, ambo bersama ayah melihat keindahan ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala..hebatnya reka bentuk dan perancangan yang manusia lakukan, begitu indah Masjid yang terukir dan terbina, namun segalanya datang dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, segalanya kurniaan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, segalanya dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala..
subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)
alhamdulillah, selesai sahaja meni'mati dan menyaksikan segala ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala, maka ambo bersama ayah kembali meneruskan perjalanan pulang ke rumah, "gua ketenanganku"..(^_^)
alhamdulillah,
suatu perjalanan,
suatu pengalaman,
suatu kenangan,
yakni bersama ayahku, abi tersayang..
ia menghadirkan seribu satu ketenangan,
ia menjadi suatu tempat luahan,
setiap masalah di ceritakan,
alhamdulillah, syukurku di atas kurniaan Tuhan..
wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment