alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..(T__T) wallahua'lam..
sesungguhnya..
si buta zahir adalah rahmat dari Allah,
namun si buta batin adalah bencana dari Allah..(T__T)
astaghfirullah..(T__T)
ketika jasad, jiwa dan hati yang hina ini mencari "cahaya" agar tidak buta di zahirnya dan terutama tidak buta di batinnya, maka si hina ini menemui "dua pembawa cahaya" yang insya Allah menjernihkan mata zahir dan mata hati, insya Allah, amin ya Rabb..(T__T)
wallahua'lam..
kisah pengembaraan di dalam penemuan "dua pembawa cahaya" dan bersama dengannya bermula..
Ketika aku sendirian, tiba-tiba aku dikejutkan dengan nada mesej dari telefon bimbitku, lalu ku terus mencapainya dan membukanya, alhamdulillah, wallahua'lam..
"waalaikummusalam abangku, adik buzy sikit layan tetamu yang mari ziarah adik, ni baru bereh..hehe, maaf banyak-banyak abe..insyaALLAH bulih jugok cadangan abe tu, nati adik kecek nga abah dulu, adik tak sempat lagi nak kecek..hehe" -Sayyidi Faez al 'Aydrus-
tersenyum aku dengan mesej itu..terdetik hatiku, "alhamdulillah, balas juga mesej aku adik Faez ni"..
alhamdulillah, sebenarnya aku sememangnya ada merancang untuk pulang ke kampung halaman pada cuti minggu ini, dan kebetulan adikku, Ustaz Faez baru sahaja pulang dari Kaherah, Mesir dan sekarang berada di Shah Alam, Selangor..dia pernah menyatakan hasrat untuk pulang ke Kelantan Darul Naim bersamaku, maka insya Allah, semoga ia dipermudahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala..
Setelah beberapa hari kemudian, aku mendapat pula satu mesej darinya..
"be, adik beli doh tiket bas..jumpa kat Ipoh, insyaAllah.." -al-Fadhil al-Alim Ustaz Sayyidi Faez al 'Aydrus-
alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..segala-galanya milik Allah Subhanahu wa Ta'ala, segala-galanya adalah kepunyaanya, Dia yang menentukan sama ada ni'mat milik-Nya dikurniakan kepada hamba-Nya atau tidak..alhamdulillah, Allah Tuhan Yang Maha Pemurah, Tuhan Yang Maha Penyayang..(T__T)
Apabila tiba hari yang dijanjikan yakni hari Jumaat, aku berusaha menyelesaikan tugasan yang masih berbaki sebelum berkemas pulang dan mengambil adikku itu di Stesyen Bas..
namun, aku dikejutkan dengan nada mesej dari telefon bimbitku,
"Musafir 3 ore adalah sunat.." -Ayahku yang dicintai dan dirindui-
subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..selepas sahaja aku membaca mesej itu, aku terus teringat kepada seorang sahabat yang rapat denganku dan sentiasa mengimpikan untuk ke Kelantan Darul Naim, dia adalah al-Fadhil Ustaz Shahrul Nizam..
Ketika itu juga, mata hina ini terpandang pada satu jasad dan terus aku tersenyum padanya, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala, Tuhan Yang Maha Pemurah, Tuhan Yang Maha Penyayang, Ustaz Shahrul berada di hadapanku..masya Allah, tabarakallah..
maka, terus sahaja aku menyatakan hasratku bahawa aku ingin dia menemani aku untuk pulang ke Kelantan Darul Naim..
alhamdulillah, dia amat gembira dan terus sahaja berkemas..
Tepat pukul 6 petang, kami berdua bertolak ke Stesyen Bas Medan Gopeng untuk menunggu ketibaan Ustaz Faez..dan alhamdulillah, sesampai sahaja kami berdua di stesyen bas itu, terus sahaja mata hina ini terpandang jasadnya, masya Allah, tabarakallah..sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Mulia, syukri fillah, segala ni'mat adalah milik-Nya dan dikurniakan oleh-Nya..alhamdulillah, wallahua'lam..
Selesai sahaja Ustaz Faez mengerjakan Solah Fardhu Asar di ruangan surau di stesyen bas itu, terus sahaja kami bertiga bertolak pulang ke Kelantan Darul Naim..
suatu perjalanan yang tidak dirancang,
namun hadir dengan kurniaanTuhan,
sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Penyayang,
mentakdirkan diri bersama dengan dua ilmuan..
subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)
Di dalam kereta yang dipandui oleh aku, Ustaz Faez banyak menabur benih ilmu, Ustaz Shahrul pula hanya tersenyum ceria, alhamdulillah, berkat dua ilmuan ini dan rahmat dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, benih yang ditabur dan disemai, bercambah di dalam hati untuk terus istiqomah di dalam mencari keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)
Perjalanan kami kemudiannya tiba di "tempat berehat" di Puncak Titiwangsa..lalu kami berhenti di sini untuk "memberi makanan kepada rohani" iaitu melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala yakni Solah fardhu Isya' dan Solah fardhu Maghrib, alhamdulillah, wallahua'lam..
Ketika mana Imam solah itu, Ustaz Faez membaca surah al-Fatihah dan kemudiannya surah yang lain, tiba-tiba menjadi hiba hati yang hina ini, suara Ustaz Faez "menikam" setiap sudut hati hina ini, suasana yang sejuk di puncak ini pula "menikam" setiap sudut di jasad hina ini, ia menjadikan hati lebih menghayati kurniaan Iman dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, betapa beruntungnya hamba-Nya yang dikurniakan nur Iman, betapa hinanya hamba-Nya yang di kurniakan istidraj oleh Allah yang mana terus lalai dengan ni'mat dunia..astaghfirullah, wal iyya dzubillah..wallahua'lam..(T__T)
Setelah selesai kedua-dua solah itu yakni secara Jama'..maka Ustaz faez meneruskan pula dengan lantunan wirid-wirid yang halus dan lembut dari lidahnya, membuatkan mata hina ini hampir menitiskan air mata, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..hinanya hamba-Nya ini di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala..astaghfirullah..(T__T)
Ustaz Faez kemudiannya mengangkat tangan dan berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..setiap alunan dari lidahnya yakni doa itu, menjadikan hati seolah-olah dibuai dengan kesedihan hati untuk terus berusaha kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, untuk terus mengingati bahawa diri hanyalah hamba-Nya, dan perlu berusaha menjadikan hati, jiwa dan jasad supaya beriman sepenuhnya kepada-Nya..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)
setelah doa itu, kami bertiga bersalaman dan berehat seketika di kedai makan yang berada di situ..
Ustaz Faez bersama Ustaz Shahrul, sekali lagi menabur benih ilmu, Ustaz faez pula lebih kepada menceritakan tentang kehidupan para ilmuan Islam di bumi anbiya', Mesir, benih-benih ilmu itu amat baik sekali, amat segar, sehinggakan mampu menenangkan jiwa dengan cerita-cerita yang penuh dengan hikmah dan bijaksana yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka berdua, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)
doaku di dalam hatiku ketika itu, "Ya Allah, golongkanlah mereka berdua di dalam golongan yang soleh dan beriman kepada-Mu, amin ya Rabb"..
Setelah berehat di situ, kami bertiga kemudiannya meneruskan perjalanan pulang ke kampung aku yang hina dan teramat hina ini..
Di dalam perjalanan ini, Ustaz Faez kembali menceritakan kehidupan di bumi anbiya', kata-kata hikmah para ulama' Ahlul Sunnah wal Jamaah, keadaan dunia yang terdapatnya fitnah dan kejahilan, dan cabaran umat Islam di zaman kini..masya Allah, tabarakallah, banyak benih ilmu yang ditaburkannya, insya Allah, semoga ia bercambah di hatiku, jiwaku, dan jasadku, amin ya Rabb..Ustaz Shahrul pula sudah terlelap, mungkin letih bekerja seharian di hospital pada siang hari tadi, wallahua'lam..(^__^)
Perjalanan kami bertiga kemudian memasuki negeri Kelantan Darul Naim, bermula dengan Jajahan Jeli..dan subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar, kami bertiga tiba di destinasinya pada pukul 3 pagi..alhamdulillah..(^__^)
masya Allah, tabarakallah..semoga perjalanan pulang si hina ini bersama dengan dua ilmuan itu dicurahi rahmat oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, amin ya Rabb..sesungguhnya banyak yang aku pelajari dari kalian berdua pada malam itu yakni pada perjalanan itu, semoga Allah tempatkan kalian berdua dikalangan para solehin, amin ya Rabb..
wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment