23 February 2011

Muhasabah hati : Tibanya mesej yang menjadikan air mata menitis..


astaghfirullah..(T__T)

sedihnya hatiku, sedihnya jiwaku, sedihnya jasadku..astaghfirullah..(T__T)

Pada waktu pagi tadi, ketika mana jasad ini mahu bangkit untuk menunaikan amal ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, mata ini terpandang akan satu mesej yang diterima di dalam telefon bimbit..maka, ambo segera membukanya..

"Salam, tgna x pernah bermaksud Allah menyamai makhluk, zaman skrg zaman fitnah, tgna pernah dituduh syiah, pelampau agama, wahabi, dll fitnah takfir, terbaru dituduh sbg khawarij. Kenyataannya ulama dr yaman, syeikh nuruddin, syeikh al-qardawi dtg berjumpa dgn tgna dgn sikap mahabbah dan menyatakan sokongan penuh kpd gerakan islam di Malaysia. ana kesal dgn kenyataan akhi tajuddin dlm fb, dimana beliau adalah org yg lari dr jemaah dan memutuskan hubungan dgn jemaah gerakan islam. oleh itu, selagi beliau tdk menarik kenyataan FITNAH TAKFIR terhadap tgna, ana dgn ini mufarakah dgn beliau dan beliau menanggung segala kenyataannya di akhirat kelak. Cc seluruh ahli u-ujam." -dari seorang hamba Allah-

wallahua'lam..(T__T)

ambo tidak pernah sesekali memfitnah Ustaz Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS)..andai ambo memfitnah dirinya, sila kemukakan bukti ya akhi..

antara ayat-ayat ambo di FB adalah,

"Kenyataan dari Ustaz Nik Aziz (Mursyidul Am PAS) berkenaan "ayat mutasyabihat itu" perlu ia tarik balik..

Kenyataan itu mengelirukan umat Islam terutamanya para "pendokongnya" yang TAKSUB dengannya, walaupun di nasihati berkali-kali kepada mereka bahawa "ALLAH TIDAK DI DUDUK SELO DI ARASY" tetapi mereka tidak menerimanya..

sila rujuk link dibawah"

link itu adalah di sini..wallahua'lam..

dan..

"sekali lagi ambo yang hina ini menegur dan berharap ada tindakan susulan supaya Ustaz Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia) menarik balik kenyataan yang MENGELIRUKAN umat Islam, khasnya para "pendokongnya" yang TAKSUB dengannya..

kenyataan ambo yang hina ini pula,

"ALLAH TIDAK DUDUK SELO LENDIK"
"ALLAH TIDAK DI ARASY"
"ALLAH TIDAK BERTEMPAT"

apakah dua ayat ambo itu adalah suatu kenyataan yang memfitnah Ustaz Nik Aziz Nik Mat sedangkan ia jelas terbukti di video itu?

ya akhi..

ambo ada meletakkan satu status di FB selepas status di atas, iaitu,

"pesanan dari seorang Tuan Guru ambo,

"kita golongan pondok ni bukan nak musuh dengan PAS, PAS tu kita sokong sampai ke mati, kalau boleh beloh perut ni gak, hijau sungguh, tetapi apa yang golongan pondok duk royak ni adalah untuk betul apa yang salah, jangan buat musuh dengan kita pulak, arwah tok guru dulu-dulu, sokong PAS belako, jadi kita keno sokong PAS lah, tapi hok saloh, keno royak"

wallahua'lam..(T__T)

kalau enta bertegas mahu meminggirkan ambo, tidak mengapa bagi ambo..ambo sentiasa mengingati kisah kehidupan al-Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad al-Marwazi al-Baghdadi (al-Imam Hanbali), seorang ulama' salaf yang mana di kagumi ilmunya dan amal ibadahnya oleh para Imam yang lain, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

al-Imam Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Usman bin Syafie (al-Imam Syafie) ada berkata (yang bermaksud) : " Ahmad bin Hanbali, imam dalam delapan hal, Imam dalam hadits, Imam dalam Fiqh, Imam dalam bahasa, Imam dalam Al-Qur'an, Imam dalam kefaqiran, Imam dalam kezuhudan, Imam dalam wara' dan Imam dalam Sunnah"

wallahua'lam..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

namun, al-Imam Hanbali ini telah diuji oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan suatu ujian yang berat, andai ia menimpa aku, aku berasa tidak mampu untuk menanggungnya dan melaluinya, astaghfirullah, mulianya Imam ini..

beliau telah diminta oleh pemerintah ketika itu yang mana telah di hasut oleh seorang ahli muktazilah untuk mengakui bahawa "Al-Quran adalah makhluk"..

namun, beliau tetap tegas menyatakan, "bahawa Al-Quran bukanlah makhluk yang dijadikan Allah, tetapi ia adalah kalamullah."

Imam Hanbali adalah satu-satunya ulama' di ketika itu yang berani membantah, sedangkan yang lainnya diam seribu bahasa.. Kemudian beliau ditangkap dan dihadapkan ke hadapan pemerintah di ketika itu..

Keadaan ketika itu amat menguji ketabahan dan kesabaran para Imam terutamanya, kerana beratnya siksaan dan parahnya penderitaan, banyak ulama' yang tidak kuat menahannya dan akhirnya mengucapkan apa yang dituntut oleh pemerintah meskipun dengan lisan sahaja..

Banyak ulama' yang membisikkan kepada al-Imam Ahmad bin Hanbal untuk menyembunyikan keyakinannya agar selamat dari segala siksaan dan penderitaan, namun beliau menjawab (yang bermaksud) :

"Bagaimana kalian menyikapi hadits, "Sesungguhnya orang-orang sebelum Khabab, iaitu sabda nabi Muhammad ada yang digergaji kepalanya sekalian namun tidak membuatnya berpaling dari agamanya" (Hadits riwayat Bukari).

lalu beliau menegaskan, "Saya tidak peduli dengan kurungan penjara, penjara dan rumahku sama saja"

wallahua'lam..

lalu, al-Imam Ahmad bin Hanbal di ikat tangannya dan dipenjara..(T__T)

Ketegasan dan ketabahan beliau dalam menghadapi cabaran, ujian yang menderanya telah digambarkan oleh Ishaq bin Ibrahim (yang bermaksud), " Saya belum pernah melihat seorang yang masuk ke penguasa lebih tegar dari Imam Ahmad bin Hanbal, kami saat itu di mata penguasa hanya seperti lalat."

Di saat menghadapi tentangan pemerintah dan terpaan fitnah yang sangat dahsyat dan deraan siksaan yang luar biasa, beliau masih tabah dan sabar dalam keadaan tenang..astaghfirullah..(T__T)

al-Imam Ahmad bin Hanbal ini juga kemudiannya telah dihukum cambuk..astaghfirullah..(T__T)

Ketika cambuk yang pertama singgah di punggungnya, beliau mengucapkan, "bismillah".

Ketika cambuk yang kedua pula, beliau mengucapkan, "La haula walaa quwwata illaa billah" (Tiada daya dan kekuatan apa pun kecuali izin Allah).

ketika cambuk yang ketiga pula, beliau mengucapkan, "Al-Qur'an kalaamullahi ghairu makhluk" (Al-Qur'an adalah kalam Allah, bukan makhluk)

Ketika cambuk yang keempat pula, beliau membaca surah at-Taubah, ayat ke 51, yang bermaksud : "katakanlah : Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang ditetapkan oleh Allah bagi kami," 

sehingga seluruh badan beliau mengalirkan darah..astaghfirullah..(T__T) astaghfirullah..(T__T) astaghfirullah..(T__T)

Kemudiannya, beliau dipenjara kembali..(T__T)

Pada suatu ketika al-Imam Ahmad bin Hanbal dibawa ke sebuah kota dengan tangan yang diikat, seorang yang alim menghampirinya iaitu Abu Ja'far al-Anbari..lalu al-Imam Ahmad bin Hanbal bertanya (yang bermaksud) : " hai Abu Ja'far, apakah engkau susah melihat keadaanku?"

jawabnya (yang bermaksud) : "Tidak wahai Imam, engkau adalah pemuka umat, kerana umat Manusia ada dibelakangmu. Demi Allah, bila engkau mahu menjawab bahawa Al-Qur'an itu makhluk, pastilah engkau juga akan mati dengan cara yang lain. Maka janganlah engkau mahu menuruti kehendak mereka"

al-Imam Ahmad bin Hanbal apabila mendengar kata-kata Ja'far itu, beliau bercucuran air mata dan berkata (yang bermaksud) : "Masya Allah! Masya Allah! Masya Allah!"

astaghfirullah..(T__T)

Kemudian, beliau dikunjungi juga oleh seorang bekas penjahat yang bernaman Abdul Haitsam al-Ayyar dan berkata kepada beliau (yang bermaksud) : "Wahai Imam, saya ini seorang pencuri yang didera dengan beribu-ribu cambukan, namun saya tidak mahu mengakui perbuatan saya, pada hal saya menyedari bahawa saya salah. Maka janganlah Imam gelisah dalam menerima dera, sebab engkau dalam kebenaran"

astaghfirullah..(T__T)

Dan al-Imam Ahmad bin Hanbal ada juga berkata (yang bermaksud) : "semenjak terjadinya fitnah, saya belum pernah mendengar suatu kalimat yang lebih mengesankan dari kalimat yang diucapkan oleh seorang Arab Badwi kepadaku, "wahai Ahmad, jika anda terbunuh kerana kebenaran maka anda mati syahid, dan jika anda selamat, maka anda hidup mulia". maka hatiku bertambah kuat."

astaghfirullah..(T__T)

maka ya akhi..

Sekali lagi ambo laungkan..

ALLAH TIDAK MENYERUPAI MAKHLUK!
ALLAH TIDAK DUDUK SELO LENDIK (DUDUK BERSILA)!
ALLAH TIDAK BERJISIM!
ALLAH TIDAK BERTEMPAT!

ALLAH TUHAN YANG MAHA SUCI DARI SEGALA SIFAT YANG TIDAK LAYAK DENGAN-NYA

ALLAHUAKBAR!






2 comments:

  1. Subhanallah...minta izin untuk
    share artikel ni:)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..(^_^)

    silakan, semoga ia menjadi jambatan pahala buat diri yang faqir dan hina ini..amin ya Rabb..

    ReplyDelete

~ Muhasabah ~