13 February 2011

Rindunya aku pada bumi hadramaut, Yaman : Mesej dari seorang sahabat yang dicintai..(T__T)


alhamdulillah..(^__^)

cuti pada hari minggu ini,
membawa jasadku ke pantai ciptaan Allah,
mata menyaksikan agungnya ciptaan ilahi,
menguatkan hati yang layu supaya terus tabah..

astaghfirullah..(T__T) wallahua'lam..

Ketika asyik meni'mati keindahan itu,
tiba-tiba terdengar bunyi mesej dari telefonku,
aku segera melihat dan membaca mesej itu,
alangkah terkejutnya hatiku..

"salam sahabatku..asif sebab tak bagi mesej langsung..semoga sahabat ana sihat sejahtera..datanglah ke sini bila dah tak ada apa-apa masalah..duit jangan risau, Allah jaga..terlalu ramai ulama' yang kita tak kenal dalam media, tapi hakikatnya auliya' Allah yang masih hidup..kerana terlalu rendah diri..subhanallah..semoga sahabatku ni Allah pindahkan ilmu..sayang sahabatku..-Faisal-"

(T__T)

tiba-tiba menitis air mata ini,
rindunya aku padamu,
dan terlebih rindu hati dan jiwa ini,
untuk ke sana ke bumi Yaman bumi para anbiya'..(T__T)

kenapakah aku mahu ke Yaman? astaghfirullah..(T__T)

al-jawab ada di sini..sila klikkannya..(T__T) wallahua'lam..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)


astaghfirullah..(T__T)

masih ku ingati setiap perbualan dengan seorang tok guruku iaitu di sini..

"ya Allah, permudahkanlah hatiku, jiwaku dan jasadku di dalam mencari keredhaan-Mu ya Allah,amin ya rabbi"..



wallahua'lam..

Daripada Sayyidina Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata, Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (yang bermaksud) :

"Allah berfirman : "sesungguhnya hamba-Ku yang mukmin itu selalu dalam kedudukan yang baik, ia selalu memuji Aku meskipun Aku mencabut roh dari jasadnya".

(Hadits riwayat Imam Ahmad)

wallahua'lam..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

sesungguhnya aku sentiasa mendengar luahan dari guru-guruku, bahawa hamba-Nya yang berada di bumi Yaman terutama di Hadramaut sememangnya begitu mencintai Allah Subhanahu wa Ta'ala, sentiasa bermuhasabah diri untuk mengejar keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala, sentiasa zuhud dan tawadhu' di dalam kehidupan seharian..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

"ya Allah, sampaikan aku di bumi yang dilimpahi rahmat dan ni'mat dari-Mu ya Allah, sesungguhnya segalanya dengan keizinan-Mu"

amin ya rabbi..(T__T) wallahua'lam..

note : Syukri fillah, syukran ya akhi al-Fadhil Ustaz Muhammad Faisal Che Dapat, enta bertuah kerana dipilih oleh Allah dan dimuliakan-Nya untuk berada bersama para ulama' dan ahli ilmu Iman dan Islam yang mana sentiasa setia dan cinta kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..(T__T) amin ya rabbi..wallahua'lam..



No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~